Khamis, September 03, 2009

MUSLIM UIGHUR CHINA DITINDAS LAGI DALAM BULAN SUCI! :(

Penduduk Uighur tidak digalak berpuasa

URUMQI: Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang didakwa mengeluarkan notis tidak menggalakkan pekerja Uighur berpuasa di bulan Ramadan.

Langkah juga didakwa diambil pihak berkuasa di wilayah yang menempatkan penduduk Islam etnik Uighur untuk memaksa mereka tidak mematuhi amalan agama ketika Ramadan.

“Makanan tengah hari, teh dan kopi percuma yang disifatkan pihak berkuasa sebagai ‘sagu hati daripada kerajaan’ atau elaun sara hidup ditawarkan dalam jabatan dan syarikat tempatan.


Dilxat berkata, pekerja Parti Komunis Uighur di seluruh Xinjiang dipaksa menandatangani surat aku janji tidak berpuasa atau melaksanakan aktiviti agama lain. Mereka juga mengenakan dasar itu di kawasan bertugas dan berhadapan dengan hukuman.

Malah masjid juga dipaksa memberikan syarahan bahawa puasa adalah aktiviti feudal dan boleh menjejaskan kesihatan, kata Dilxat. Jika tidak sijil mereka akan ditarik balik.

---------------------------------


kasihan ya Umat Islam di dunia ini.. memang sengaja Allah uji kita untuk mengetahui sejauh mana Iman kita.. jika tiada ujian, kita yang ada masalah tu... Allah takkan akan tinggalkan kita begitu sahaja di dunia ini tanpa ujian.. Nabi saw diuji kena berperang, hidup dan mati tu... tiba-tiba kita nak relx saja.. mana boleh beb! :)

Tiada ulasan: