Rabu, Mac 31, 2010

Salah silap Harap diMaafi- Bertolak Ansur Cara Islam!

Khilaf Ulama Dalam Hukum Fiqh: Sebab dan Adab-Adabnya

Oleh Tuan Guru Dato' Haji Mohd. Saleh Haji Ahmad
PENDAHULUAN

Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum fiqh ada yang disepakati para imam mujtahidin, ada yang hanya disepakati di kalangan ulama’-ulama’ mazhab berkenaan sahaja, ada yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf di kalangan ulama’-ulama’ dalam mazhab yang sama.

Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalam perkara ijtihad dan hukum yang berasaskan kepada dalil-dalil zanni adalah suatu perkara yang tabi’iy bahkan pasti berlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelum ini. Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab fiqh adalah suatu yang lucu, justeru memaksa orang lain meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untuk berada dalam satu mazhab sahaja.

Ini tidak mungkin bahkan ianya bercanggah dengan konsep dan tuntutan ijtihad kerana seorang yang mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnya bahkan tidak harus ia bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang lain. Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulama’ mujtahidin yang menjadi pilihannya.

ADAB AL-IKHTILAF
Sebagai seorang muslim, kita perlu menghayati akhlak-akhlak Islamiyyah dalam semua keadaan sebagaimana yang diajar kepada kita oleh Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah. Adapun adab atau etika dalam berhadapan dengan masalah-masalah khilafiyyah khususnya bagi kita yang bukan ulama’ mujtahidin perlu sekali diberi penekanan agar tidak menimbulkan porak peranda dan kecelaruan dalam masyarakat.

Justeru itu penulis merasakan penting perkara ini diberi perhatian sewajarnya.

1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentiment ta’asub mazhab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai factor memecahbelahkan Islam dan bukan sebagai agama-agama yang menasakhkan Syariat Islam, bahkan ia merupakan sebagai aliran pentafsiran dan pemahaman Syariah. Ia juga merupakan metod dan kaedah dan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum. Kesemuanya bertujuan untuk mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

2. Kita tidak harus merasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab kerana perbezaan dalam pemahaman dan istinbat adalah suatu perkara lumrah dan tabi’iy bagi akal manusia, maka sudah pasti akan berbeza dalam istinbat dan fahaman. Bahkan kita boleh berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan kepada kita sebagai suatu perbendaharaan fiqh yang amat berharga. Ia juga merupakan sebagai bukti betapa berkembang subur dan hidupnya fiqh, betapa luasnya pemikiran para fuqaha’ kita yang agong dalam melaksanakan kewajipan mereka memberi khidmat kepada Syariat Islam yang mulia.

3. Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh ulama’- ulama’ mujtahidin dalam berbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka dan kita percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul ataupun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.

4. Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah khilafiyyah.

5. Kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menentang amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum- hukum yang disepakati para ulama’. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah:

“ لاينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه “
Maksudnya : “Tidak atau jangan dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha’. Dan sesungguhnya yang perlu dibantah ialah perkara munkar yang disepakati ulama’ atas pengharamannya”

6. Kita mesti beradab dengan ulama’ yang berbeza pandangan dengan kita, jangan celupar mulut melempar tuduhan kalimah bid’ah dalalah ke atas amalan-amalan yang khilafiyyah.

7. Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapatnya sebagai sesat, pembuat bida’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada hujah dan alasan yang perlu kita hormati.

8. Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak alim besar menghentam ulama’-ulama’ silam yang tidak sealiran dengan mereka, sambil menyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakat sedangkan amalan itu khilaf ulama’ padanya. Lebih dahsyat dari itu terdapat sebahagian mereka yang biadap menyeru supaya membakar kitab-kitab tua atau jawi lama kerana menurut pandangan mereka kitab-kitab tersebut menyesatkan. Subhanallah.

9. Kita sebagai seorang pendakwah, guru atau imam harus bijak dalam menangani masalah khilafiyyah. Amat bodoh kalau seseorang pendakwah membangkitkan perkara yang remeh-temeh dan khilafiyyah dalam ceramah-ceramahnya kerana ini boleh menimbulkan perpecahan dalam masyarakat dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.

10. Sebagai seorang pendakwah, kita perlu memfokuskan syarahan dan pengajaran kepada persoalan pokok yang perlu kita berganding bahu dalam membangun atau meruntuhnya. Sepertimana yang diungkapkan oleh Syaikh Abd al-Rasyid Ridha:

“ نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه “
Maksudnya : “Saling bantu-membantu di antara kita dalam menegakkan perkara yang kita sepakati dan saling bertolak ansur dan bermaafan di antara kita dalam perkara khilafiyyah”.

11. Mengelak dari melakukan masalah yang dipertikaikan memang digalakkan berdasarkan kaedah fiqhiyyah

الخروج من الخلاف مستحب
( Keluar dari khilaf itu digalakkan)

BEBERAPA CONTOH MASALAH KHILAFIYYAH

1. Membaca doa Qunut.
2. Sembahyang sunat qabliah Maghrib.
3. Sembahyang sunat qabliah Jumaat.
4. Talqin mayat setelah dikebumikan.
5. Bacaan al-Qur’an dan tahlil dihadiahkan pahalanya kepada si mati.
6. Fidyah sembahyang.
7. Berwirid secara jama’ah selepas sembahyang fardhu.
8. Batal wuduk dengan sebab sentuhan lelaki dengan perempuan
yang harus dikahwini.
9. Membaca Usalli atau melafazkan niat sebelum takbir.
10. Bilangan rakaat sunat tarawih 20 atau 8
11. Membaca surah Yasin pada malam Jumaat
12. Maulid al-Rasul s.a.w.
13. Membaca Sayyidina dalam Salawat.
14. Imam berdoa lepas solat jama’ah dan makmum mengaminkannya.
15. Aqiqah dengan kambing sahaja.
16. Menyapu muka selepas memberi salam dan membaca:
“ أشهد أن لا إله الاهو الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عنى لهم والحزن “
“ بسم الله الذى لا إله الاهو الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عنى لهم والحزن


KESIMPULAN

Perbahasan masalah khilafiyyah ini tidak wajar diperbesarkan dan saling menyalahkan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi menghukum bid’ah, khurafat dan kafir. Ini kerana khilaf dalam masalah furu’ suatu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting bagi umat Islam ialah berganding bahu menegakkan Syariat Islam dalam diri, rumahtangga, masyarakat dan negara. Seterusnya memerangi kemaksiatan dan kemungkaran yang disepakati dan bekerja keras menegakkan yang ma’ruf yang diijma’ ulama’ di samping berlapang dada dan bertolak ansur ketika menghadapi perkara-perkara khilafiyyah dalam semangat persaudaraan Islam dan kesatuan ummah.
---------------------------------------------
Biodata ringkas Penulis: Tuan Guru Dato' Haji Mohd. Saleh Haji Ahmad :


Dilahirkan di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas. Menuntut ilmu di Pondok Gajah Mati, Pendang selama 7 tahun. Menyambung pelajaran di Irsyadiah, Bagan Datuk, dan ke MPI, Kota Bharu. Memiliki dua Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Master dalam Fiqh Muqarin dari al-Azhar pada tahun 1978. Pernah menjadi Pensyarah YPTIK, UM Nilam Puri, UM KL, dan kini pensyarah UIAM, AJK Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak, AJK Fatwa Perak, Panel Syariah Bank Muamalat, Panel Syariah JAKIM. Banyak menulis buku dan menyampaikan kuliah serata nusantara. Merupakan Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM).

PIBG tertutup kuasanya? Itulah BN bimbang tak sudah-sudah...

PIBG SMK Umas-Umas, Tawau... para AJK Tertinggi juga merupakan orang kuat pihak Pengurusan Felda Umas, Tawau...Alhamdulilllah, hubungan antara AJK cukup kuat... 

Ya, oleh kerana antara AJK PIBG juga orang kuat JKKR Rancangan, mereka berasa ter'kongkong' untuk membicara isu yang agak 'sensitif' kerana FELDA banyak jasanya.. hingga terlupa kelemahan FELDA...
--------------------------------------------------------------------
 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar keangkuhan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.

Ini ekoran di Parlimen semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri memperingatkan bahawa tugas PIBG hanyalah berkaitan soal bagaimana untuk menambah baik pelajaran di sekolah yang mereka menjadi ahli sahaja.

Mesin Pengimbas Bogel? Mesti Baca!

Alat pengimbas bogel di Lapangan Terbang Manchester England.

MANCHESTER - Seorang wanita Islam dilarang menaiki satu penerbangan ke Pakistan selepas enggan melalui mesin pengimbas baru di Lapangan Terbang Manchester yang memaparkan tubuh manusia dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang lagi wanita yang merupakan rakannya juga enggan menjalani imbasan mesin Rapiscan itu kerana masalah perubatan. Dua wanita itu sedang dalam perjalanan ke Islamabad apabila mereka dipilih untuk melalui imbasan mesin Rapiscan selepas mendaftar masuk di lapangan terbang berkenaan.

Setakat ini, kira-kira 15,000 orang telah melalui alat pengimbas itu manakala pasangan tersebut merupakan penumpang pertama yang enggan berbuat demikian. Pasangan tersebut yang sanggup kerugian dua tiket penerbangan berharga £400 (RM2,000) daripada menjalani prosedur imbasan, kemudiannya bertindak meninggalkan lapangan terbang itu.

Beberapa mesin Rapiscan yang berharga £80,000 (RM406,000) diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dan Lapangan Terbang Manchester pada 5 Februari lepas. Mesin sinar-X itu membolehkan kakitangan-kakitangan keselamatan melihat imej bogel penumpang untuk mengesan sama ada senjata dan bahan letupan disembunyikan pada tubuh mereka tetapi penggunaannya dikritik kerana ia memaparkan bentuk kemaluan penumpang.

Ulama-ulama di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan fatwa yang melarang orang Islam melalui mesin itu kerana ia melanggar hu-kum agama berhubung isu bogel.

"Islam jelas melarang lelaki atau wanita dilihat dalam keadaan bogel oleh mereka yang bukan muhrim," kata fatwa itu.

Sementara itu, seorang aktivis sebuah badan bukan kerajaan di Britain, Alex Deane menyatakan pertubuhannya bersedia mewakili dua wanita itu sekiranya mereka mahu mencabar keputusan pihak berkuasa di mahkamah. Demikian menurut sumber berita Agensi hari ini.

Menurut sumber yang sama pada Februari lepas di Washington, Majlis Fikah Amerika Utara mengeluarkan fatwa dengan memberi peringatan supaya penumpang beragama Islam tidak melalui alat pengimbas bogel di lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Ia merupakan satu pelanggaran jelas ajaran Islam mengenai lelaki dan wanita dilihat berbogel oleh lelaki dan wanita lain," kata fatwa tersebut.

Larangan itu merupakan tamparan hebat berhubung penggunaan mesin X-ray yang ditempatkan di Lapangan Terbang Heathrow dan Manchester, Britain. Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 40 alat pengimbas di 19 buah lapangan terbang dan dijangka meningkat sehingga 450 unit pada hujung tahun ini.

Penempatan mesin itu dibuat sebagai sebahagian daripada kawalan keselamatan selepas seorang warga Nigeria, Umar Farouk cuba meletupkan bom dalam seluar dalamnya semasa dia menaiki pesawat komersial ke AS pada 25 Disember tahun lalu. Umar kini ditahan di sebuah penjara di AS.

(Sumber: Agensi/AH)
--------------------------------
yusz : masalah dunia sekarang ialah agama + kehidupan tidak bersama.. Jenayah tidak difikirkan boleh diselesai dengan agama oleh pihak Barat... so, jadilah mesin pengimbas bogel ini.. gara-gara boleh selesai masalah... konon-kononnya.. namun, Islam ditentang.. jadi, apa lagi harapan dunia untuk membanteras jenayah???

Selasa, Mac 30, 2010

UMNO - jika sayang Melayu, letak calon la di Hulu Selangor, tapiiii...

MIC digesa serah Hulu S'gor pada Umno'
Abdul Rahim Sabri
Mac 30, 10
1:39pm
        

MIC diminta berkorban dengan menyerahkan kerusi parlimen Hulu Selangor kepada Umno yang lebih berpeluang untuk merampasnya semula dalam pilihan raya kecil akan datang.
Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abibin Ahmad yang meninggalkan kerana barah otak, khamis lalu.

"MIC kena berkorban, pilihan raya kecil ini penting kerana ia adalah pertama kali di Selangor selepas (negeri itu) terlepas kepada Pakatan Rakyat," kata sumber Umno Selangor.

"Ia akan menjadi kayu pengukur, apa salahnya (diberikan kepada Umno) kerana ia adalah kejayaan parti, bukan kejayaan individu atau kejayaan sesuatu kaum.

"Dalam pilihan raya umum ke-12 kita kena ambil kira pandangan akar umbi. Atas semangat persefahaman kita akan serah salah satu daripada kerusi milik umno kepada MIC.

Sum
ber-sumber itu berkata, sebagai gantinya, pucuk pimpinan parti barangkali boleh menjanjikan mana-mana kerusi milik Umno untuk diserahkan kepada MIC.

Menurutnya, selama ini, Umno memberikan kerusi sama ada parlimen atau DUN untuk ditandingi calon MIC di kawasan yang majoriti pengundi Melayu, antanya di parlimen Kota Raja dan DUN Batu Caves, Sri Andalas dan Ijok.

"Kerusi yang ditandingi MIC majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Umno berikan atas dasar persefahaman (sebagai komponen BN) dan Umno memberi MIC peluang untuk bertanding di situ.

"Oleh itu, kita hendak kepada pengorbanan MIC (serahkan kerusi parlimen Hulu Selangor), supaya pilihan raya kecil kali ini menjadi mudah (untuk menang)," katanya.

Sumber-sumber itu berkata, berdasarkan tanda atau isyarat dalam pilihan raya yang lalu, terdapat penolakan akar umbi terhadap calon MIC yang bertanding.

"Berdasarkan konsep 'rakyat didahulukan' apa salahnya mengambil kira pandangan akar umbi. Pengorbanan MIC amat kita harapkan. Namun, ini tidak bererti kita mengingkari persahabatan dalam BN.

"Pengorbanan MIC dalam pilihan raya kecil ini amat penting supaya BN diterima kembali di Selangor. Kita letak calon pilihan akar umbi," katanya.

Menurutnya, terdapat ramai calon dari Umno yang layak dipertimbangkan, antaranya, naib ketua bahagian, Datuk Adnan Buyong; setiausaha bahagian, Nazri Dahalan; ketua Pemuda, Mahmud Kassim dan juga ketua Wanita bahagian, Rosni Sahar yang juga setiausaha wanita Umno pusat.
 
Sementara itu, BN Selangor yang bermesyuarat malam tadi telah membincangkan mengenai persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

--------------------



yusz : tak mustahil UMNO akan bertanding.. percayalah... :) kalau kira 'panas' lokasi HS ni.. arwah menang pun 198 undi sahaja beza.. emm..

Hikmah/Rahsia Allah cipta Hukuman Sebatan & Rejam serta lain-lain... Oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan..

PDF Print E-mail
kajian.jpg
Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.(Pegawai Perubatan & pendakwah bebas)

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD


Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.

Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:

1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. 

Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL
---------------------------------------
 mahkamah : teringat lirik lagu karya Dr Jamnul masa top kumpulan Al_Wadi di Mesir.. lagu 'Teori Michaiveli- mereka bertanya-tanya tanya tanya lagi... Teori Michaiveli teori yang terkini , di dalam menangani politik duniawi.. sedangkan teori itu PUNCA KORUPSI.. "... La Dr Jamnul banyak berdakwah sambil merawat orang.. kalaulah ramai DR macam beliau.. bukan Islam ramai suka Islam.. :)

PERMOHONAN BELAJAR DI JORDAN DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM/PERUBATAN. WAR-WARKAN!!! rujuk >> http://abuawatif.wordpress.com/

Assalamualaikum wbt
(web :http://abuawatif.wordpress.com)

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Jordan dalam bidang pengajian Islam/Perubatan boleh download borang di web kementerian pengajian tinggi atau di sini:

Borang permohonan sijil sokongan ke luar negara
Borang Permohonan Jordan
Info permohonan

* Biasanya permohonan di tutup pada bulan Mei
Syarat minimum untuk bidang pengajian Islam; kredit (C) dalam pendidikan al-Qur’an dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan bahasa Arab tinggi
Syarat minimum untuk bidang perubatan B dalam fizik, kimia dan biologi…
Berikut sedikit maklumat dari Muhammad al-Athiq  student perubatan di  Jordan:
 
Berkaitan pelajar persendirian untuk datang belajar ke Timur Tengah samaada Mesir atau Jordan, perlu melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berpusat di Putrajaya terlebih dahulu.
Borang untuk permohonan pelajar ke Timur tengah boleh di download melalui website KPT.
 
Untuk pelajar persendirian, syarat minimum adalah ‘B’ untuk kesemua subjek Sains (Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan) dan Bahasa Inggeris. Bahasa Arab tak menjadi prasyarat untuk permohonan. 
 
Maksudnya, pelajar-pelajar yang tak ada basic bahasa arab juga boleh memohon, lagipun belajar medic untuk preclinical (3 tahun pertama) 80% bahasa Inggeris dan 20% Bahasa Arab. 
 
Tetapi, apa bila dah masuk Clinical (tahun ke 4 hingga tahun ke 6), mostly doctor-doctor di Hospital menggunakan 80% Bahasa Arab dan 20 English. Tambah pula pesakit-pesakit adalah orang Arab sendiri,  jadi jika pelajar-pelajar persendirian yang tiada basic Bahasa Arab, bila masuk clinikal agak susah sikit untuk kuasai, tetapi ramai sahaja yang boleh adapt.
 
Biasiswa atau pinjaman pengajian untuk pelajar-pelajar Persendirian akan diberikan selepas TAMAT belajar TAHUN pertama dengan Muaddal tak kurang dari 70%. 
 
Antara biasiswa atau pinjaman yang disediakan untuk pelajar adalah seperti berikut:
 
1- MARA : Mara akan cover semula untuk tahun pertama dan akan start biayai kos sara hidup bulanan pelajar (RM 2400 sebulan) bermula tahun ke dua sampai tahun ke 6. Akan tetapi, dukacita dimaklumkan bahawa MARA memberhentikan seketika biasiswa atau pinjaman kepada mana-mana pelajar persendirian yang baru hendak memohon tahun ini kerana MARA menghadapi masalah kewangan buat masa ini. Saya di maklumkan oleh pihak MARA awal  tahun yang lalu.
 
2-JPA: JPA pula tidak cover untuk pembiayaan pelajar persendirian bagi tahun pertama. JPA hanya start kasi untuk tahun ke 2 hingga tahun ke 6 TANPA kos sara hidup bulanan. Maksudnya, JPA hanya biayai Kos Yuran pengajian SAHAJA (RM50 000 setahun).
 
3- Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) : Pihak MAIN membiayai sama seperti pihak MARA, cuma pihak MAIN tak cover pembiayaan pelajar persendirian untuk tahun 1. Pembiayaan Yuran dan kos Sara Hidup hanya bermula untuk tahun ke 2 hingga tahun ke 6. Untuk permohonan MAIN, ana minta Maaf sebab ana tak tahu prosedure dia macam mana.
 
4- Pejabat Zakat Negeri (PZN) : Untuk PZN, ana memang tiada maklumak, tetapi di sini pelajar-pelajar persendirian boleh memohon bantuan zakat tahunan dari PZN.
 
Sekadar itu sahaja yang ana tahu berkaitan biasiswa atau pinjaman pengajian bagi pelajar-pelajar Private atau persendirian. 
 
Untuk tambahan, pembiayaan pengajian untuk tahun satu di JORDAN adalah seperti berikut:
 
1: Yuran Subjek : RM 1 000 (setiap jam kredit) X 48 jam Kredit setahun = RM48 000
2: Yuran University : RM 2000 setahun
3: Sewa rumah (moderate) : RM 350 seorang untuk sebulan
4: Sara diri bulanan: RM 1200 seorang
 
Adapun Yuran pengajian dan Kos sara hidup di Mesir adalah jauh lebih rendah dan murah berbanding Jordan.
 
Yang terakhir berkaitan tarikh tutup permohonan melalui Kementerian pengajian Tinggi adalah dalam bulan MEI biasanya
-------------------------------------------
* Logo Univ Al al-Bayt, Jordan.. tempat menimba ilmu Bahasa Arab dan agama.. 

Inilah idaman setiap insan..


yusz : minta war-warkan akh/ukht iklan ni... teringat kenangan belajar di Jordan dulu..

Haiyya! Rugi bukan sikit... RM546 juta??? Itulah POS M'sia.. Itulah GLC ...

Pos Malaysia rugi RM546 juta

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian berjumlah RM546 juta itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'.

Katanya, artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tambahnya, tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM14 juta pada 26 Februari 2010.

Menurutnya, PAS hanya melihat kes itu sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. 
-----------------------------------------------
mahkamah : kerugian RM negara sekarang ni, bukan main RM 10, RM50... tapi RM juta RM Bilion... patutlah kita rakyat bawahan ni kena tanggung kerugian dek kegilaan puak-puak atas dok perabis duit.. betul ka? mereka labur sana sini.. agak-agak duit sikit guna pengaruh jawatan dalam kerajaan.. baiklah! Kita berjimat cermat.. bajet negara kurang.. SEDANGKAN.. merekalah lanun menghabiskan duit kita...

Tanah dah tak kukuh kot, banyak bangunan runtuh? terkini runtuh di

 
Harakahdaily   
Perancah besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu (gambar kanan) yang runtuh pada jam 5.15 petang semalam, 29 Mac dilihat sebagai ‘lanjutan’ daripada beberapa kejadian seumpama itu sebelum ini.
Dalam kejadian itu, seorang buruh warga Bangladesh tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian sementara empat rakannya cedera termasuk seorang parah akibat dihempap dan terjatuh dari perancah yang runtuh itu.

Bangunan setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Disember tahun lepas dan dijangka siap 18 Oktober ini.

Pada 21 Disember lalu, bahagian bumbung kaca pada projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam yang bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang runtuh.

Projek itu milik Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dilaksanakan oleh kontraktor Gemilang Mega Sdn Bhd.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.

Akibat runtuhan itu, atap gentian kaca yang berukuran 1 x 2 meter bertaburan di bahagian laluan pejalan kaki bersama penyokong yang tercabut dengan bahagian bumbung itu. (gambar kiri)

Kos untuk pemasangan bahagian bumbung pada projek yang dimulakan pertengahan 2008 lalu itu sekitar RM700,000.

Sebelum itu, beberapa kejadian bumbung runtuh turut berlaku di beberapa bangunan seperti dewan sekolah, stadium dan masjid.

Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kertih, Kemaman yang berharga RM2.1 juta runtuh kira-kira jam 9 pagi 3 Oktober 2009 dalam suasana cuaca baik tanpa ribut atau gempa bumi, menyebabkan tiga pekerja warga Indonesia yang sedang membaikinya cedera, seorang daripadanya parah.
Kerosakan di beberapa bahagian masjid itu termasuk bumbung dan siling telah dikesan sejak ia mula digunakan November 2008 tetapi aduan penduduk tidak diberikan perhatian oleh pihak berkenaan. (gambar kanan)

Menurut seorang penduduk, kebetulan semasa bumbung masjid itu runtuh tiada manusia, bagaimana kalau ia berlaku sewaktu orang ramai berada di situ.

“Saya dimaklumkan oleh penduduk, satu majlis akad nikah dirancang diadakan di masjid ini, masanya kira-kira sejam selepas berlaku bumbung runtuh, terpaksa dipindahkan,” katanya.

Pada 2 Jun 2009, sebahagian besar bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu yang baru setahun digunakan khususnya untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 pada 2008 runtuh jam 9.30 pagi.

Runtuhan bumbung sepanjang 80 meter itu dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja. (gambar sebelah)

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM292 juta itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.

Pada 12 April 2008, seluruh bumbung bangunan Dewan Saidina Abu Bakar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai, Marang yang berharga RM2 juta runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kekuda kayu yang menyokong bumbung bangunan yang siap dan digunakan akhir tahun 2005 itu tidak mampu bertahan menyebabkan keseluruhan bumbung runtuh.  (gambar bawah)

Senario yang berlaku itu bagaimanapun tidak mengingatkan umum kepada bumbung dewan serbaguna Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad, Kuantan yang dalam pembinaan runtuh, kira-kira pukul 10 malam 6 Oktober 2005.

Bumbung bangunan berharga RM2.8 juta itu runtuh kemungkinan kerangka aluminium yang digunakan tidak kukuh bagi menampung atap genting. Dewan itu mula dibina awal 2004 dan sepatutnya disiapkan sepenuhnya awal 2005.

Pada 5 Mac 2003, kejadian bumbung runtuh itu turut berlaku ke atas makmal Sekolah Kebangsaan Rentam, Pahang.

Insiden dewan berkenaan sama seperti kejadian bumbung dewan makmal komputer sekolah yang runtuh di beberapa buah sekolah sehingga menyebabkan tercetusnya kontroversi pada 2005.

Ini kerana keruntuhan bangunan yang berlaku di negeri lain boleh disfatkan sebagai `kadang-kadang’ atau ‘jarang-jarang’ berbanding ‘banyak-banyak’ atau sinonim dengan negeri ‘Darul Iman’ terutama pembinaan yang melibatkan wang ehsan yang dirompak daripada royalti petroleum sewaktu zaman kerajaan PAS negeri pada 2000 hingga kini belum dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Walaupun keruntuhan yang berlaku itu adalah ketentuan dan ketetapan Allah Taala, namun ungkapan bekas Pengerusi Petronas yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa ‘orang berkata wang ehsan tidak berkat menyebabkan banyak bangunan runtuh’ perlu diberikan perhatian oleh pihak berkenaan. 
------------------------
yusz : setiap yang Allah jadikan tidak sia-sia..

Roh Altantuya diarah bayar RM60 ribu jaminan nak teruskan prosiding mahkamah??? hi hi hi.. hu hu hu he he he...

Roh Altantuya sentiasa datang membayangi DS Najib.. nampak DS senyum tapi takut sebenarnya??? DS Rosmah juga bimbang agaknya..
-----------------------------------------------------------------

Mahkamah arah keluarga Altantuya bayar jaminan kos RM60,000 (utusan.com.my)

30/03/2010 4:44pm

SHAH ALAM 30 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan keluarga Altantuya Shaariibuu membayar jaminan kos berjumlah RM60,000 kepada kerajaan Malaysia dan bekas penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda berhubung saman RM100 juta yang difailkan oleh mereka kerana kematian wanita Mongolia itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaleha Yusof semasa membuat keputusan itu di dalam kamarnya memberi tempoh tiga bulan kepada plaintif (keluarga Altantuya) untuk membayar wang tersebut iaitu RM30,000 kepada setiap defendan (kerajaan Malaysia dan Abdul Razak).

Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam K.K.Wong, sebelum ini memfailkan permohonan supaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.
 
Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili keluarga Altantuya, ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata beliau tidak akan membebankan keluarga Altantuya untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan US$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau akan meminta jasa baik semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada pakatan pembangkang untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran jaminan kos itu bagi pihak keluarga Altantuya.
----------------------------
yusz : Kita doakan isu jenayah terancang ini akan berakhir dengan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.. kalau tidak, ramai akan menjadi mangsa mainan politik kotor BN??? 

1 MALAYSIA= 1 ISRAEL . Inikah check mate untuk BN di Parlimen??? Khairi Jamaludin pula membuat bidasan terhadap DSAI. Alamak, macam mana ni???


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. Ia disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan APCO Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat penjelasan demikian di dewan rakyat hari ini sebagai menjawab perkara yang dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di bawah perkara 37(1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat minggu lalu.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

APCO DI KUALA LUMPUR

Menurut Anwar, sebelum APCO beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur, tokoh-tokoh pentingnya sudah bertugas untuk kerajaan Malaysia di bawah syarikat Mindteam Sdn Bhd.

Paul Stadlen yang menjadi pengarah Mindteam kini adalah CEO kepada APCO di Kuala Lumpur manakala Margaret Kraus adalah CEO APCO Worldwide.

“Sekarang CEO APCO adalah individu yang banyak terlibat dalam banyak urusan di Israel,” kata Anwar.

Anwar mendedahkan syarikat APCO Worldwide merupakan sebuah firma pelobi yang ditugaskan untuk membaiki imej pemimpin yang rasuah dan buruk dari segi hak asasi.

"Apa fungsi firma pelobi di Washington? Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

"Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik," katanya.

Tambahnya , khidmat APCO juga digunakan oleh Israel pada 1992 oleh perdana menterinya Ehud Barak bagi menjayakan 'One Israel'.

Manakala Malaysia pula menggunakan khidmat APCO bermula 4 Ogos 2009 dengan bayaran kira-kira 20 juta ringgit.

BAGAIMANA APCO MASUK

Beliau juga membawa satu laporan portal berita yang mendakwa APCO diperkenal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh penasihat Najib, Omar Mustapha melalui sebuah syarikat perunding Ethos & Consultancy.

"Seorang penasihat APCO ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak awal Perdana Menteri ambil alih jawatan.

"APCO juga didakwa terlibat secara langsung dalam menentukan pentadbiran 100 hari Najib seperti gagasan 1Malaysia," katanya lagi.

Menurut Anwar, sehingga kini Najib belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaannya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Apa yang dibimbangi jelasnya kenyataan APCO sendiri yang menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat.

"Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO," katanya lagi.
Beliau juga mendedahkan tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein di mana ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel (Israel Security Agency).

Itamar Rabinovich adalah Duta Israel ke Amerika Syarikat, dan Shimon Stein adalah bekas duta Israel ke Jerman.

Menurut Anwar kedua-duanya adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan tersebut.
MODUS OPERANDI APCO
Selain mendedahkan modus operandi APCO, Anwar juga memberitahu APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

Sebab itulah jelasnya, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Anwar seterusnya mendedahkan APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (associates) di seluruh dunia seperti Asero dan Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.

"Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO," tambahnya lagi.

Sehubungan itu jelasnya, kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata.

Kerajaan katanya boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Beliau mengemukakan contoh negara Israel, yang mana lantikan dibuat melalui Asero Worldwide.

Kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

Namun jelasnya apabila diteliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

"Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO?

Perdana Menteri juga jelasnya perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia.

"Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel", jelasnya lagi.

Rekod APCO katanya menunjukkan hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

APCO katanya lagi, banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing.

Tambahnya lagi, akhbar The Times of India menulis APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya .

Rencana tersebut menyenaraikan antaranya Adolf Hitler, Narendra Modi, Sani Abacha, Nursultan Abishuly Nazarbayev dan Mikhail Khodorkovsky yang didakwa ada kaitan dengan mafia.

"Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

"Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?" soalnya lagi.

-------------------
yusz: tidak lama selepas sidang penjelasan DS Anwar dalam parlimen menjelaskan isu di atas, KJ (Khairi Jamaludin) menantu Pak Lah bercakap kepada pemberita  : lihat http://www.malaysiakini.com/news/127882>>
Salhan K Ahmad
Mac 30, 10
3:00pm
 
Ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap selektif dalam mendedahkan maklumat mengenai Apco Worldwide sedangkan ketua umum PKR itu juga didakwa mengenali dan bersahabat dengan tokoh-tokoh dalam syarikat perunding tersebut.

Khairy (kiri) yang juga ketua Pemuda Umno berkata, maklumat berkenaan tidak didedahkan Anwar yang ingin membina imej yang baik di gelanggang antarabangsa.

"Kita mendengar penjelasan daripada ketua pembangkang mengenai Apco yang saya kira satu hujah yang panjang bahawa Apco dikaitkan dengan rejim Israel dan keselamatan negara terancam apabila Malaysia mengupah Apco sebagai perunding komunikasi.

"Persoalan tentang fungsi Apco dan 'terms of reference' mereka, biar kerajaan jelaskan. Hari ini saya ingin dedahkan perkara yang tidak didedahkan oleh Anwar.

"Dia kata Apco ada hubungan dengan rejim Zionis Israel, tapi saya ingin katakan, majlis penasihat antarabangsa Apco mempunyai ramai personaliti yang ada kaitan dengan Anwar. Ahli majlis penasihat antarabangsa ini ada kaitan peribadi dan professional yang kuat dengan Datuk Seri Anwar," katanya.

Beliau turut menamakan enam daripada tokoh berkenaan yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Anwar.

Katanya lagi, Anwar juga gagal menjelaskan bagaimana Apco terlibat menasihati negara dalam membentuk gagasan 1Malaysia.

"Apa yang dilakukan oleh Anwar ini berbeza daripada apa yang ditimbulkan oleh (ahli parlimen) Kota Belud. (Ahli parlimen) Kota Belud membangkitkan isu bahawa Apco ialah pencipta 1Malaysia ini tidak dibuktikan.

"Apa yang dipertikaikan ialah soal 'timing' dan apa-apa lagi, tapi tidak ada bukti, tidak ada satupun bukti bahawa Apco bertanggungjawab ke atas pembentukan 1Malaysia," katanya lagi.

Menurutnya, Anwar juga gagal membuktikan bahawa Apco terlibat menasihati Ehud Mubarak berkaitan 1Israel, yang turut ditimbulkan oleh ahli parlimen Kota Belud sebelum ini.

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Tawau- SM Teknik, Tawau Tuan Rumah 27 Mac 2010

Alhamdulillah.. tahun 2010, saya terpilih menjadi salah seorang hakim dalam MTQDT.. acara Syarahan Bahasa Arab.. bertempat di SM Teknik Tawau.. Sabtu 27/3/2010.. 

Hakim-hakim dipilih kebanyakan guru agama dari sekolah rendah dan menengah di Daerah Tawau..

 Acara yang dipertandingkan ialah tilawah lelaki/perempuan (rendah/menengah), hafazan lelaki/perempuan (rendah/menengah), bercerita lelaki/perempuan (rendah shj), syarahan agama lelaki/perempuan (men shj), syarahan Bahasa Arab (men shj), tilawah dan syarahan agama terbuka... * gambar-hakim-hakim diberi taklimat sebelum bermula pertandingan...

  
Di bilik pertandingan Syarahan Bahasa Arab- saya hakim Isi.. Ustazah Aminah -hakim penyampaian (kanan), kiri sebelah kerusi kosong Ustaz Ahmad Azri (SK Holy Trinity) -hakim Bahasa. Ketua Ust Aziz (SMK Merotai Besar).. di belakang, para peserta bersama penjaga dan guru pengiring... * untuk setiap venue pertandingan- terdapat guru bertugas (dari SM Teknik), sebagai juru acara majlis, penjaga masa dan sebagainya.

  
Para peserta seramai 5 orang sahaja yang mengambil bahagian.. 2 lelaki dan 3 perempuan...(peserta Umas-Umas lelaki/perempuan paling kiri di kerusi hadapan)

SMK UMAS-UMAS, TAWAU berjaya mendapat tempat ke 2 Syarahan bahasa Arab lelaki dan tempat ke 3 Syarahan Bahasa Arab Perempuan... Namun acara ini tidak dipertandingkan di peringkat Zon Tenggara.. ia terhenti di sini.. Tempat pertama lelaki- SMA Islamiah, tempat pertama perempuan SMK Pasir Putih dan kedua SMA Islamiah. APA PON, TAHNIAH UMAS-UMAS! 
Perasmi MTQDT 2010- Tn.Hj Abdul Hadi B. Karim, Pegawai Kanan Unit Bahasa, PPDT mewakili PPDT En. Daraman B. Hj Asakil (kurang sihat)



TERIMA KASIH KEPADA UST ZULKAFRI, USTAZAH AISYAH, USTAZAH NURUL HUDA, UST LUKMAN ATAS USAHA KITA BERSAMA UNTUK MEMBAWA DAN MENGIRINGI PELAJAR KE MTQDT 2010 
DEMI KEBAIKAN PELAJAR MENINGKATKAN KEKUATAN BERAMAL DENGAN AL-QURAN DAN BAHASA ARAB...

# Syabas SM Teknik kerana majlis berjalan lancar sejak hari taklimat (Selasa 23/3/2010) hingga hari pertandingan 27/3/2010 !!!