Ahad, September 05, 2010

Lapor polis Facebook hina Islam! Laman 'Katy Lim Li Lian' muncul selepas 'Melayu Babi'!

ARKIB : 04/09/2010

Lapor polis Facebook hina Islam

PUTRAJAYA 3 Sept. - Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) hari ini membuat laporan polis berhubung satu akaun laman sosial Facebook yang dikesan menghina Islam dan Allah menggunakan kata-kata kesat.

Presidennya, Mohd. Hisamudin Yahya berkata, polis perlu menjalankan siasatan segera ke atas akaun Facebook yang didaftarkan dengan nama Katy Lim Li Lian kerana pemilik akaun itu telah memaparkan komen yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

"Walaupun laman web ini telah ditutup dan tidak boleh dibuka, tetapi terdapat blog lain yang memuatkan keratan komen daripada Facebook Katy Lim Li Lian.
-------------------------------
respon : sokong..

Kes ini merupakan insiden terbaru membabitkan sensitiviti kaum selepas Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor membuat satu laporan polis pada 1 September lalu berhubung kewujudan satu akaun Facebook menggunakan nama 'Melayu Babi'.
Baru-baru ini pula, seorang pemuda dari Muar, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee turut mencetuskan kontroversi kerana menghasilkan klip video berbaur perkauman

Tiada ulasan: