Khamis, September 16, 2010

Felda oh Felda. FELDA KAYA, PENEROKA DIKAYAKAN JUGA?

Selasa, Ogos 17, 2010

sumber di sini


Apabila Felda tidak berada di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dan kini ia dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang membawa kepada Dasar korporat ,

Saya nampak Felda semakin bercelaru kebelakangan ini...dan banyak perkara-perkara yang peneroka tidak tahu menjadi bertambah tahu dan faham.


Inilah akibatnya apabila felda dikuasai oleh orang-orang politik daripada atas sehingga bawah..


Politik yang membawa Felda sehat itu tidak mengapa ...tetapi politik ini membawa sehatnya puak mereka yang membawa penekanan pada peneroka.

Peneroka bangga dengan hotel 5 bintang di Mekah tetapi pakej umrah felda sendiri tidak menginap dihotel tersebut...
 

Peneroka berbangga dengan menara felda sedangkan peneroka dan generasinya belum tentu dapat memilikinya....
Aset tetap felda kita akui memang juta-juta tetapi kewangan berkurangan itu diakui oleh felda sendiri.
 

Sebagai contoh seorang peneroka mempunyai rumah besar kereta besar beribu-ribu ringgit tetapi nak uruskan perbelanjaan seharian pun susah...nak buat apa..?..kalau kita jual rumah kita nak duduk dimana..?
Ini yang sesetengahnya peneroka memberontak dalam senyap atau nyata...

Felda kalau tidak dikuasai oleh orang-orang politik dan korporat yang mementingkan kroni ini ..saya nampak peneroka akan banyak menikmati kemakmuran dalam ertikata "peneroka ada empayernya sendiri dalam naugan Felda."

Apa salahnya Felda membina kilang-kilang mega yang berasaskan sawit disetiap gugusan felda dan 80% tenaga kerja dikalangan generasi dan peneroka...

Apa salahnya Felda membantu secara mega koperasi-koperasi dirancangan dan mengambil tahu iktiviti koperasi .


Sekarang felda lepas pandang pada koperasi rancangan mengakibatkan banyak koperasi bangkrap kerana pengurusan yang tidak betul yang tidak ada apa-apa tindakan dari sesiapa pun..

Kami terima RM350.00 kerana kewangan kami tidak mencukupi .
terima kasih ...tetapi wang itu akan habis dan kami memerlukan lagi.....

Mana lebih baik..
Setiap musim kami diberi buah yang sedikit ...
Atau diberi buah dengan benihnya sekali...

Dalam sudut politik umno lebih baik memberi buah setiap musim dan ia tidak akan memberi benih kerana dengan adanya benih peneroka boleh berdikari ...

Inilah ...
Antara perkara yang berlaku sekarang dalam Felda

Dalam kes saman Peneroka Felda Kemahang 3,
Felda wajib bayar berjumlah RM11 juta pada peneroka walau pun sekarang menjadi sebaliknya..

Kedua diikuti oleh 645 peneroka Felda Moakil, Labis Johor
Kes di Labis ini sudah mula dibicarakan.

Isnin lepas, 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman ketiga peneroka di mahkamah tinggi Seremban atas kes yang sama.

Tiada ulasan: