KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera di paha kanan selepas ditembak ketika cuba bertindak agresif melepaskan dua das tembakan dari pistol yang dirampas daripada seorang anggota polis dalam kejadian di sebuah hotel di Sri Petaling di sini, pagi semalam.
TAHAN...rakan suspek turut ditahan, semalam.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Melihat tindakan itu, pengawal keselamatan menghalaunya keluar dari ruang lobi berkenaan menyebabkan lelaki itu cuba merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melalui kawasan itu, tetapi gagal apabila pemandunya memecut.
Suspek cuba pula merampas kunci seorang pelanggan hotel yang meletak kenderaan di kawasan itu, tetapi gagal.
Timbalan Ketua Polis Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman, berkata polis yang menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba, anggota berkenaan cuba menahan suspek yang ketika itu menakutkan orang ramai di kawasan berkenaan.
“Ketika bergelut dengan anggota polis itu, suspek merampas sepucuk pistol milik anggota saya dan melepaskan dua das tembakan menghala ke jalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Azri berkata, melihatkan keadaan suspek yang agresif dan boleh mengancam nyawa orang awam, seorang lagi anggota polis menembak paha kanan suspek bagi mengelak dia bertindak lebih agresif.
----------------------
respon : kalau tak silap polis ada cakap " Katanya, siasatan lanjut mendapati, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan rakannya pula memiliki lapan rekod pernah dilaporkan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields.“Kini suspek dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kami tidak menolak kemungkinan ketika kejadian, suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan