Khamis, September 16, 2010

Tiada rasa aib punca sanggup membunuh KATA TOK Guru MB Kelantan!


Wartawan Kita   
KOTA BHARU, 15 Sept: Pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya turut mendapat simpati Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.


“Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain. Nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri.

“Justeru Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 Menteri Besar berkata, masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman  dalam sukatan pengajiannya.

Katanya, apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman.

”Natijahnya terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini,” ujarnya.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Tiada ulasan: