Ahad, September 19, 2010

Gadis dirogol ketika mabuk, pulang dari 'konsert di Padang Merdeka KK'!

SABAH: Gadis dirogol ketika mabuk

Oleh JUNAIDI LADJANA dan CLEO WILL
am@hmetro.com.my
2010/09/18
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOTA KINABALU: Akibat termakan ajakan, seorang gadis berusia 17 tahun bukan saja dipaksa minum minuman keras sehingga mabuk, malah dijadikan pemuas nafsu lelaki baru dikenali di dalam sebuah van di ladang kelapa sawit di Keningau, Khamis lalu.
Terdahulu, mangsa mengenali suspek dikenali sebagai Amiz, berusia 20-an, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengajak mangsa ke Kota Kinabalu untuk menyaksikan konsert di Padang Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menerima pelawaan itu dan dijemput suspek bersama dua lagi rakannya dengan menaiki sebuah van.


Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Kota Kinabalu yang terletak kira-kira 135 kilometer dari Keningau, suspek memaksa mangsa meminum minuman keras.


Sebaik melalui ladang kelapa sawit, suspek merogol mangsa dengan disaksikan dua lagi rakan suspek dan selepas memuaskan nafsu, lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumahnya, kira-kira jam 10 malam hari sama.


Kejadian malang yang menimpa mangsa terbongkar apabila bapanya mengesyaki perkara buruk berlaku ke atas anak gadisnya yang berkurung dan menangis di dalam bilik sejak pulang daripada ‘menyaksikan konsert’.
---------------------
RESPON : DAH LAMA ISU NI DIBANGKITKAN OLEH PIHAK PARTI ISLAM -PAS- NAMUN DIPANDANG SEPI..

Tiada ulasan: