Khamis, September 30, 2010

Kes dadah 753kg: KPN jamin siasat salah laku anggota



30/09/2010 7:51pm

KUALA LUMPUR 30 Sept — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan ke atas kes salah laku 10 anggotanya berhubung kes rampasan dadah bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas.

Katanya, beliau telah mengarahkan agar siasatan dalaman dapat dijalankan secara terperinci dan tindakan diambil ke atas mereka.
"Siasatan sedang dijalankan, kita tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi,” katanya pada sidang berita di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar 753 kilogram syabu bernilai RM254 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah yang dirampas itu milik tertuduh selain memanggil dua saksi penting berhubung kes itu.

Tiada ulasan: