Ahad, September 12, 2010

Imam Perancis cipta masjid bergerak. Tinggal nak solat atau tidak sahaja..

Imam Perancis cipta masjid bergerak

kosmo.com.my


MODEL Mihrabox yang mudah dipasang di mana-mana.


PARIS - Seorang imam di sebuah masjid di sini, Hassen Bounamcha menghasilkan sebuah masjid mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana dan dibina dalam masa singkat untuk kemudahan musafir menjalani ibadah solat.

Dia yang juga pereka sambilan berkata, ciptaannya itu setinggi dua meter dengan dikenali sebagai Mihrabox seumpama struktur mihrab di masjid yang dihasilkan daripada kertas keras, papan lapis dan plastik polisterin.

"Ia hanya berharga 450 euro (RM1,779) dan untuk versi kanak-kanak cuma 69 euro (RM272)," katanya yang berharap dapat menjual seribu unit untuk tahun ini ketika ditemui wartawan akhbar popular Le Parisien. - Agensi
----------------
respon : asal ada arahan Allah.. adalah rezeki yang Allah buka buat peniaga... macam bab solat.. kedai jual pakaian solat.. sejadah.. songkok dan sebagainya.. alatan buat masjid.. hiasan masjid.. fuh! Rezeki tuu..

Tiada ulasan: