by Mohd Hairi Nonchi on Saturday, September 25, 2010 at 1:24am
Penulis artikel: Mohd Hairi Nonchi
Sumber: Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam, Hafiz Firdaus Abdullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2009).
klik di sini
Dalam kalangan umat Islam, ada sebahagian pihak yang beranggapan bahawa kebenaran sesuatu perkara itu diukur berdasarkan kepada ramainya orang yang berpegang kepadanya. Dalam perkataan lain, mereka menjadikan faktor kuantiti sebagai barometer untuk mengukur sesuatu kebenaran. Apabila diajukan soalan, mengapa anda berpandangan sedemikian, maka dengan spontan pihak yang ditanya akan menjawab: “Bukankah jumlah yang ramai dalam sesuatu perkara itu menggambarkan kesatuan pendapat dari pelbagai pihak, dan sudah tentu sahajalah tidak mungkin perkara yang disepakati itu tersilap atau salah!”
Demikianlah sikap sebahagian umat Islam pada masa kini dan sikap mereka tatkala berinteraksi dengan agama mereka sendiri, di mana segelintir dari kalangan mereka sering beralasan “kena ikut pegangan yang paling ramai” bagi menangkis sesuatu perkara yang dikatakan sebagai “pelik” dan “ganjil” pada pandangan mereka tanpa mahu mengkajinya terlebih dahulu sama ada perkara “pelik” yang ditolak itu berada di posisi kebenaran atau sebaliknya.
Berpijak atas dasar ini, maka penulis menampilkan diri di arena pentas penulisan bagi memperbetulkan semula sikap sesetengah pihak dalam membuat pengukuran ketika mencari kebenaran sesuatu pegangan atau amalan. Kesedaran untuk menulis artikel ini sebenarnya timbul apabila penulis sendiri melihat reaksi atau sikap sebahagian masyarakat ketika mereka berhadapan dengan kepelbagaian pendapat atau amalan. Oleh yang demikian, penulis merasakan perlunya perkara ini diketengahkan agar manhaj dalam menilai sesuatu perkara berhubung dengan persoalan agama ini dapat dibetulkan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya.
Sepanjang perbahasan ini, penulis semampu mungkin akan berusaha membawa para pembaca sekalian untuk mengenali manhaj yang benar dalam membuat penilaian; yaitu manhaj yang bersumberkan kepada petunjuk al-Qur’an, pegangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a serta pandangan para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Insya’Allah.
Jika diteliti ayat-ayat al-Quran, maka kita akan dapati sejumlah ayat yang menerangkan bahawa Allah s.w.t sendiri telah membatalkan pandangan sesetengah pihak yang meletakkan pegangan dan amalan majoriti sebagai hujah yang menjustifikasikan pegangan mereka. Hal ini kerana, kebenaran itu hanyalah bersumberkan kepada wahyu yang Allah turunkan kepada sekalian Nabi dan Rasul-Nya, manakala manusia pula tiadalah sedikit pun hak untuk menentukan pegangan mereka itu adalah sesuatu yang benar. Hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah:
Kebenaran itu adalah (bersumber) daripada Tuhanmu; maka janganlah engkau termasuk orang-orang yang meragui tentang kebenaran itu. (Surah al-Baqarah 2:147)
Perhatikan juga ayat-ayat berikut:
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka; dan mereka tidak lain hanyalah berdusta ( terhadap Allah). (Surah al-An’am 6:116)
Dan kebanyakan mereka tidak menuruti melainkan sangkaan sahaja; (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak (dalam) menentukan dari kebenaran. (Surah Yunus 10:36)
Lihatlah dalam ayat-ayat di atas, Allah s.w.t sendiri telah menerangkan kepada kita mengenai tabiat atau sikap manusia yang kebanyakan atau majoritinya hanya cenderung kepada sikap berprasangka dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara – walhal persepakatan yang hanya didasarkan kepada sangkaan oleh majoriti itulah yang sering menyesatkan manusia dari jalan yang benar. Tidak sekadar itu, selain ayat-ayat al-Quran di atas, terdapat beberapa lagi dalil dari al-hadis as-sahihah dan qaul para ulama’ mengenai perkara ini, di antaranya:
Hadis # 1: Tsauban r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا. فَقَالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ. فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ.
Sebentar lagi akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya: “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.”Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?” Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati. [1]
Hadis di atas memaparkan perkhabaran baginda s.a.w mengenai keadaan umat Islam di akhir zaman. Menarik untuk diperkatakan di sini bahawa jika diamati hadis yang tertera di atas maka kita akan dapati Rasulullah s.a.w menyebut “... Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai ....” bagi menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang sahabatnya. Sebenarnya, sahabat yang bertanya tersebut telah beranggapan bahawa kemungkinan punca utama yang menjadi penyebab kepada berlakunya situasi yang menimpa umat Islam sebagaimana yang dikhabarkan oleh baginda dalam sabdanya tersebut adalah disebabkan oleh jumlah atau bilangan mereka yang sedikit.
Walaubagaimanapun, sangkaan atau anggapan sahabat tersebut ternyata meleset kerana soal bilangan bukanlah sebab utama yang membawa kepada kelemahan umat Islam, akan tetapi - sebagaimana menurut penjelasan baginda s.a.w - ianya adalah disebabkan oleh sikap umat Islam sendiri yang tidak lagi berpegang teguh kepada jati diri Islam yang tulen, sebaliknya lebih cenderung kepada sifat terlalu cintakan dunia dan takutkan mati (al-Wahn). Maka dalam hadis ini ternyata kualiti umat Islam jauh lebih penting dari kuantiti mereka.
Hadis #2: Dalam sebuah hadis yang masyhur, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
أَلاَ إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ اِفْتَرَقُوْا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ: ثنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga iaitu al-Jamaah .... [2]
Menerusi hadis di atas, Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan kepada kita bahawa selepas kewafatan baginda s.a.w umat Islam akan berpecah kepada beberapa golongan. Ternyata apa yang diungkapkan oleh baginda s.a.w tersebut benar-benar berlaku ketika ini, di mana umat Islam telah berpecah belah kepada sekian-sekian aliran, jamaah, puak, kumpulan atau golongan.
Walaubagaimanapun, di samping perkhabaran tersebut, baginda s.a.w turut mengingatkan kita bahawa hanya satu kumpulan sahaja daripada kumpulan-kumpulan yang berpecah ini yang akan berjaya memasuki syurga, iaitu “al-Jamaah”. Melalui risalah ini, ingin penulis mengambil kesempatan untuk memperbetulkan salah faham sebahagian pihak mengenai makna sebenar bagi istilah “al-Jamaah” dalam hadis tersebut.
Hendaklah difahami bahawa maksud “al-Jamaah” dalam hadis di atas bukanlah merujuk kepada sesuatu kumpulan, puak, firqah, parti, gerakan, organisasi atau persatuan, akan tetapi yang dimaksudkan dengan istilah “al-jamaah” dalam hadis tersebut ialah umat Islam seluruhnya yang bersatu di atas kebenaran. Manakala kebenaran itu pula sudah pastilah apa yang bersumberkan kepada petunjuk al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih berdasarkan amalan dan pemahaman para sahabat r.a atau generasi al-Salaf al-Soleh. [3]
Kesilapan dan kegelinciran yang sering berlaku di kalangan segelintir umat Islam hari ini ialah, apabila disebut sahaja istilah “al-Jamaah” maka secara automatik tergambar pada benak fikiran mereka bahwa “al-Jamaah” itu merujuk kepada sesuatu kumpulan atau golongan, kemudian dari kumpulan itu pula mereka cuba mengaitkannya dengan faktor kuantiti atau bilangan orang-orang yang menjadi pengikut atau pendukung kepada kumpulan tersebut. Bertitik tolak dari salah faham ini, maka lahirlah manhaj penilaian “semakin ramai pengikut sesuatu golongan atau kumpulan, maka kumpulan itulah yang sebenarnya yang paling betul”.
Sebenarnya “al-Jamaah” dalam hadis di atas tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan faktor kuantitinya. Hal ini adalah kerana, sesiapa sahaja yang mengikuti kebenaran yang dibawa oleh baginda s.a.w maka dia adalah termasuk dalam “al-Jamaah” yang diiktiraf baginda s.a.w – walaupun – yang berpegang kepada kebenaran tersebut hanyalah keseorangan diri dan amat sedikit orang-orang yang mengikutinya. Hakikat ini adalah sepertimana jelas Abd Allah ibn Mas’ud r.a.:
Al-Jamaah adalah apa yang menepati kebenaran sekalipun engkau bersendirian. [4]
Selain itu, Al-Imam Abu Syamah As-Syafi’e r.h. ketika menghuraikan maksud al-Jamaah berkata :
Acapkali datang perintah untuk berpegang teguh dengan al-Jamaah, maka yang dimaksudkan (dengan berpegang teguh kepada al-Jamaah ialah) senantiasa berpegang teguh dengan kebenaran dan para pengikutnya, walaupun orang yang berpegang teguh dengan kebenaran itu sedikit jumlahnya dan orang yang menyelisihinya banyak jumlahnya. Hal ini kerana kebenaran ialah ajaran yang diamalkan oleh al-Jamaah generasi pertama semenjak Nabi s.a.w dan para sahabatnya r.a, dan tidak dipertimbangkan banyaknya jumlah pengikut kebatilan yang ada setelah mereka.. [5]
Hadis # 3: Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan sebuah hadis, di mana beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْبًا. فَطُوْبىَ لِلْغُرَبَاءِ.
Sesungguhnya Islam bermula asing, dan ia akan kembali menjadi asing sepertimana ia bermula; maka berbahagialah orang-orang yang asing itu. [6]
Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w memberitakan kepada umatnya akan sifat “asing” yang bakal menimpa agama Islam dan orang-orang yang berpegang teguh kepadanya. Sebagaimana hadis-hadis sebelum ini, maka demikian jugalah, dalam riwayat ini baginda tidak sedikit pun mengaitkan faktor bilangan yang ramai atau kemasyhuran sebagai hujah bagi menjustifikasikan kebenaran sesuatu amalan atau pegangan. Yang baginda tonjolkan dalam riwayat di atas hanyalah mengenai kebahagiaan yang bakal diraih bagi golongan “asing”[7] yang benar-benar berpegang teguh pada ajaran Islam yang tulen lagi murni; yakni Islam sebagaimana yang dibawa dan dipraktikkan oleh Rasulullah dan generasi sahabat suatu masa dahulu.
Oleh sebab itu, maka tidak menghairankanlah apabila pelbagai amalan sunnah Rasulullah dipraktikkan di tengah-tengah masyarakat hari ini, ia dipandang “pelik” dan “asing”. Malah lebih daripada itu, bagi masyarakat yang jahil, mereka akan menganggapnya sebagai amalan yang terkeluar dari ajaran Islam. Semua ini disebabkan bukan sahaja oleh faktor kejahilan mereka dalam memahami ajaran Islam yang sebenar atau kerana sifat “kepelikan” amalan tersebut, tetapi juga disebabkan oleh kurang atau sedikitnya orang-orang yang beramal dan berpegang dengannya berbanding dengan amalan lain yang dilakukan oleh majoriti umat.
Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada hujah-hujah yang penulis bahaskan di atas, maka jelaslah kepada kita semua bahawa untuk mengukur sesuatu kebenaran bukanlah terletak kepada kemahsyuran sesuatu pegangan atau amalan. Ia juga tidak terletak kepada bilangan orang-orang yang beramal atau berpegang kepadanya.
Apa yang benar ialah, untuk mempastikan sama ada sesuatu perkara itu benar atau tidak, maka ia perlu ditimbang atas neraca al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Apakah ianya benar-benar berpijak di atas dalil-dalil al-Quran dan/atau al-Sunnah yang sahih, atau sebaliknya. Inilah manhaj yang benar lagi adil, dan juga merupakan prinsip yang termaktub di atas lembaran al-Quran dan al-Sunnah.
Sebagai mengakhiri risalah ini, maka ada baik kiranya penulis menukilkan beberapa pesanan para ulama’ yang berkait rapat dengan persoalan ini. Diharap dengan pesanan dan mutiara kata daripada mereka ini sedikit sebanyak akan membantu ke arah membuka minda bagi siapa sahaja yang membacanya agar dengan cara seperti ini manhaj penilaian yang benar, tepat lagi adil dapat diterapkan kepada semua pihak.
al-Imam al-Thurtusi r.h (w530H):[8]
Merata dan tersebarnya suatu amalan tidak menunjukkan kebolehannya sepertimana terselubungnya tidak menunjukkan pelarangannya.
Syaikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan dalam kitabnya Syarah Masa-il Jahiliyah berkata:[9]
Nilai ukur kebenaran itu bukan kerana jumlah pengikut yang besar, tetapi nilai ukurnya adalah kebenaran atau kebatilan yang menyertainya. Setiap yang benar walaupun pengikutnya sedikit, maka harus digenggam kuat. Itulah jalan keselamatan. Semua kebatilan tidak boleh berubah menjadi benar hanya kerana jumlah pengikutnya yang banyak. Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Islam itu muncul sebagai agama yang asing (sedikit pengikutnya) dan suatu ketika akan kembali asing sebagaimana pertama kali muncul. (Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Iman – no: 146)
Seorang tokoh as-Salaf as-Soleh yang mulia, Abu ‘Ali al-Fudhail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata:[10]
Berpeganglah pada petunjuk (kebenaran). Janganlah engkau tewas disebabkan hanya segelintir sahaja yang melakukannya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan golongan (ramai) yang telah rosak.
Al-Imam Ibnu Muflih r.h. dalam bukunya al-Adab al-Syar’iyah berkata:[11]
Seseorang itu hendaknya mengetahui bahawa banyak perkara yang dilakukan oleh kebanyakan orang adalah menyalahi peraturan syara’. Sedangkan ia (sudah) menjadi mahsyur di kalangan mereka dan kebanyakan orang mengikuti amalan mereka itu. Dan wajib ke atas orang yang mengetahui penyimpangan itu untuk menyelisihi mereka, dibuktikan melalui ucapan dan perbuatannya. Janganlah dia merasa lemah dalam tindakannya itu disebabkan hanya dia sahaja yang melakukannya dan sedikit rakan yang melakukannya.
Wallahua'lam.
Nota kaki:
[1] Sahih - Hadis riwayat Abu Daud, Kitab al-Malahim: Bab: Fi Tada al Umam ‘Alal Islam, jld. 4, ms. 484, no: 4297.
[2] Sahih - Diriwayatkan oleh sejumlah sahabat dengan lafaz yang saling berbeza tetapi ke arah maksud yang sama. Lafaz hadis di atas adalah salah satu dari lafaz Abu Daud, lihat Sunan Abu Daud – no: 4429. Hadis ini adalah hadis sahih. Disahihkan oleh al-Tirmizi, al-Hakim, al-Zahabi dan al-Juzani dalam kitab al-Abathil, jld.1, ms.302, al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah, jld.1, ms.213, al-Syathibi dalam al-I’tisham, jld.2, ms.698, tahqiq Salim al-Hilali, Ibn Taimiyyah dalam al-Majmu’ al-Fatawa, jld.3, ms.345, Ibn Katsir dalam Tafsir Ibn Katsir, jld.1, ms.390, Ibn Hajar dalam Takhrij al-Kasysyaf, ms. 63, al-‘Iraqi dalam al-Mughni ‘an Hamlil Asfar, no: 3240, al-Bushairi dalam Mishbahuz Zujaajah, jld.4, ms.180, Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah, no: 203 dan lain-lain yang banyak jumlahnya.
[3] Jika diteliti ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang sahih, maka akan didapati begitu banyak ayat dan/atau hadis yang menerangkan kewajipan dan keutamaan menjadikan pegangan dan amalan generasi al-Salaf al-Soleh sebagai ikutan oleh umat Islam dalam beragama. Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w:
خَيْرُكُمْ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.
Sebaik-baik umatku ialah kurunku (zamanku) kemudian kurun selepas mereka (Tabi’in), kemudian kurun selepas mereka (Tabi’ut Tabi’in). (Sahih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari – hadis no: 3650)
Ketika menjelaskan siapakah al-Firqah al-Najihah (golongan yang selamat) dan al-Tho’ifah alMansurahSesiapa (sahaja) yang berpegang di atas sunnahku pada zamanku dan sunnah sahabat-sahabatku. (Diriwayatkan oleh Ibnu Battah dalam al-Ibanah: Kitab al-Iman, ms. 166-167 , at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir – hadis no: 7140 dan al-Ajuri dalam al-Syariah, ms. 25-26) (golongan yang mendapat kemenangan), Rasulullah s.a.w bersabda:
Firman Allah s.w.t:
Golongan terdahulu yang terawal (memeluk Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti (pegangan atau manhaj) mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah 9:100)
Firman Allah s.w.t:
Dan sesiapa yang menentang ajaran Rasul sesudah terang nyata kepadanya (kebenaran) petunjuk (yang dibawanya); dan dia mengikuti pula jalan yang lain daripada jalan orang beriman, Kami akan memberi (kepadanya) kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari Kiamat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka, sedang ia (Neraka itu) adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah al-Nisa 4:115)
Berhubung dengan ayat 115 surah al-Nisa’ di atas, Syaikh Nashiruddin al-Albani r.h berkata:
Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Suci daripada perbuatan yang sia-sia, maka tidak diragukan lagi bahawa penyebutan Sabil al-Mikminin (jalan orang beriman) itu tentunya untuk suatu hikmah dan manfaat yang besar ertinya. Disebut oleh-Nya untuk menunjukkan kepada kita bahawa dalam mengikuti Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya, ada lagi satu kewajipan yang sangat penting iaitu ia mestilah sesuai dengan apa yang difahami oleh generasi kaum muslimin terawal (salaf), yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan kemudiannya diikuti oleh generasi sesudah mereka (tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in)... Allah s.w.t berfirman: Dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar. (Surah at-Taubah 9:119). Sedangkan orang yang meletakkan al-Qur’an dan al-Sunnah di satu sisi dan kefahaman salaf pada sisi yang lain bukanlah dia seorang yang benar atau jujur sama sekali. [Majalah al-Asalah 9: 86-89, dalam Mubarak Ibn Mahfuz Ba Mu’allim, Biografi Sheikh al-Albani, Mujaddid dan Ahli Hadith Abad Ini, ms. 71-73]
[4] Sahih - Dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Damshiq, jld. 46, ms. 409 dan dinilai sahih oleh Syaikh Nashiruddin al-Albani dalam al-Misykat al-Mashabih, jld. 1, ms. 56
[5] Abu Syamah As-Syafi’e, Al-Ba’its ‘Ala Ingkari Al-Bida’ Wal Hawadits, ms. 34
[6] Sahih - Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Iman: Bab: Bada al Islam Ghariba, jld. 2, ms. 354, no: 370, Ibnu Battah dalam Kitab al-Iman, jld. 1, ms. 172, no: 605 dan lain-lain.
[7] Demikianlah keadaan golongan yang berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah s.a.w di akhir zaman, di mana dengan sunnah tersebut mereka menjadi “terasing” dan terpinggir di tengah-tengah masyarakat mereka. Hal ini disebabkan oleh amalan dan pegangan mereka yang sudah tidak lagi “sehaluan” dengan amalan dan pegangan sebahagian besar masyarakat mereka. Maka, amat benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh al-Hasan al-Basri r.h dan Yunus bin Ubaid r.h mengenai golongan ahli sunnah yang “terasing” ini :
Sesungguhnya ahli sunnah, mereka adalah manusia yang sedikit jumlahnya pada zaman-zaman yang telah lalu, dan mereka juga sedikit jumlahnya pada masa yang akan datang. Mereka ialah orang-orang yang tidak pergi bersama-sama dengan golongan yang mewah dalam kemewahan mereka dan tidak pula pergi bersama-sama dengan ahli bid’ah dalam melakukan bid’ah-bid’ah mereka. Mereka tetap bersabar di atas sunnah mereka sehinggalah mereka menemui Tuhan mereka. Maka begitulah keadaan ahli sunnah, Insya’ Allah. Maka hendaklah kamu seperti mereka. (Ali bin Hasan bin Ali bin Abdul Hamid, Ilmu ‘Usul al-Bida’, Dar al-Rayah, Riyadh, cetakan pertama, 1413H, ms. 273)
Yunus bin Ubaid r.h berkata:
Tidak ada suatu yang lebih asing daripada sunnah. Dan yang lebih asing lagi daripadanya ialah orang yang mengetahui sunnah itu sendiri. (Diriwayatkan oleh Ibnu Battah dalam al-Ibanah, Kitab al-Iman, jld. 1, ms. 185 – no: 20)
[8] Syaikh Muhammad bin al-Walid al-Thurtusi, Kitab al-Hawaadith wa al-Bida’, tahqiq oleh Syaikh Ali Hasan al-Halabi, Dar al-Ibnu al-Jauzi, cetakan ketiga, 1419H, ms. 71
[9] Dinukil daripada buku 25 Persoalan Semasa: Huraian & Penyelesaian, karya Mohd Yaakub Mohd Yunus, terbitan Karya Bestari, Selangor, cetakan 2007, ms. 9-10
[10] Muhyidin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Azkar, Mu’assasah Fuad Ba’inu li al-Tajlid, Beirut, ms. 225-226
[11] Ali bin Hasan bin Ali bin Abdul Hamid, Ilmu Usul al-Bida’, Dar al-Rayah, Riyadh, cetakan pertama 1314H, ms. 271

Tiada ulasan:
Catat Ulasan