Ahad, September 26, 2010

10 agen perisik Yaman cedera di serang hendap.



26/09/2010 2:46am

SANAA 26 Sept. - Sepuluh agen perisik Yaman cedera, dua daripadanya parah apabila bas yang mereka naiki diserang hendap oleh lelaki bersenjata di ibu kota Sana’a semalam, kata pegawai perkhidmatan keselamatan.

Menurut sumber, bas berkenaan telah diserang oleh dua lelaki bersenjata tidak dikenali kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) sebelum melarikan diri, sambil menambah mereka mungkin militan kumpulan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).

Tiada ulasan: