Selasa, September 14, 2010

Makyong sedia bukti tidak amal pemujaan kepada KERAJAAN KELANTAN!

Makyong sedia bukti tidak amal pemujaan

13/09/2010 11:07am

KOTA BHARU – Seorang penggiat makyong terkenal di Kelantan bersedia mengadakan persembahan di hadapan pemimpin kerajaan Kelantan bagi membuktikan persembahan kesenian itu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam.

Rohani Mat Zain, 55, yang dianggap sebagai primadona makyong selepas era Allahyarham Khadijah Awang berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk membuat persembahan itu bagi membolehkan kerajaan negeri membuat penilaian semula pengharaman kesenian itu sejak Pas memerintah negeri pada 1990.

--------------------------
respon : tambahan info dari sumber ini

Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
  • Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
  • Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
  • Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
  • Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
  • Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
  • Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
  • Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.

Tiada ulasan: