Kegeringan berpanjangan Tuanku Ismail Petra perlukan pengganti: SUK
sumber dari sini
2010/09/13
KOTA BHARU: Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra yang gering sejak lebih setahun lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika selepas siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. "Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya hari ini berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra, sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Pada tengah hari tadi, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
----------------------
respon : MENJUNJUNG KASIH TUANKU!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan