Selasa, September 21, 2010

Anwar fail rayuan terhadap keputusan kekal tuduhan liwat

Anwar fail rayuan terhadap keputusan kekal tuduhan liwat


2010/09/21

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.

Notis rayuan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini hari ini. Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis kepada Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu. 


Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Tiada ulasan: