Khamis, September 16, 2010

Bayi di PERAK ditinggal di bawah jambatan HIDUP! Bayi di KELANTAN ditinggal depan rumah HIDUP! Bayi di SIBU dicampak dari kenderaan bergerak MATI!

KEMBALIKAN MARUAH AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, INSYA ALLAH JENAYAH AKAN BERKURANGAN DAN HIDUP MANUSIA AKAN TERJAMIN!

Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan

15/09/2010 9:12pm

IPOH 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini.

Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5.30 petang.
-----------------------------------------------------

Keluarga sambut raya terkejut dengan penemuan bayi

15/09/2010 9:10pm

KOTA BHARU 15 Sept. – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Salor dekat sini terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan ditinggalkan di beranda rumah keluarga itu, hari ini.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu ditemui oleh Mohssin Sheikh Mohammad, 50, selepas diberitahu oleh anak saudaranya berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi itu kira-kira pukul 8 pagi.
----------------------------------------

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

15/09/2010 9:11pm

SIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah.

Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi.

Tiada ulasan: