Khamis, September 16, 2010

Berat sebelah dalam pembangunan di Felda? Chini 04 punya kisah..

Rabu, September 02, 2009

 
sumber di sini

Saya baru balik dari minum-minum dengan kawan-kawan di warong kopi .semua bab kita sembang ...last sekali sembang bab PM kita nak datang ke Chini 4 dan Chini 5...Saya kata baguslah ..kawasan dia sesekali kena jenguk ,jangan harap orang kepercayaan dia saja yang datang kerana kalau orang kanan dia saja yang buat lawatan,... laporanya baik belaka.....Tapi hakikatnya hampeh .....bukan tak ada tapi hampeh tu...lah....baik PM sendiri turun padang baru ada ump...

Marilah datang Chini 04 tengok kawasan gerai dan kawasan awam ...daif sangat rasanya ..sekurang-kurangnya kalau PM buat lawatan ...bagi arahan pada Felda...


........................."kawasan ini buat bangunan kedai...kawasan ini buat tapak sepak takrow...kawasan ini tapak gerai makanan........................"

Bagi arahan jer...Bukan pakai duit kerajaan pun ...pakai duit Felda...jer...bukanya membazir...nanti dapat pulangan semula...dengan secara sewa atau sebagainya...
Harapan saya Felda Chini 04 ini maju di bawah PM ...itu jer...

Kita tak mahulah kalau PM datang cerita bab imbuhan hariraya..bla...bla...perkara itu dah biasa tiap-tiap tahun......

Kalau orang lain mahukan pembangunan tempat masing-masing...Penduduk Chini 04 pun mahu juga......bukanya nakkan bangunan tinggi-tinggi cuma kami nakkan tempat untuk perniagaan jenerasi kedua juga inginkan pendapatan peneroka chini 04 tidak mengalir keluar..seperti yang ada sekarang...ramai yang jual beli di luar kawasan chini 04 akibat tidak ada daya penarik di chini 04 ini .

Kali ini kalau PM tak buat lawatan ...kira sampai bila-bila pun tak akan ada kemajuan Chini 04 ini ..
Dalam mesyuarat JKKR pernah juga diajukan...tapi tak sampai pun keatas diperinkat bawah dah cantas ..alasan tak ada dalam bajet...bla...bla....

Nak harapkan Menteri yang PM harapkan tu... dia sampai setakat Chini timur jer...tempat yang sudah maju dengan semua segi..jadi dia cakap sedap sikit...benda duduk tempat sedap.....

Dalam bab memajukan kawasan tapak kawasan perniagaan Chini 04 ini..Lama dah saya luahkan menerusi blog ini..tapi nampaknya tidak ada perubahan......contohnya,



Ini hanya luahan hati nurani saya sahaja...tidak dipengaruhi oleh sesiapa...

Cerita saya,
 
Dahulu kalau saya tanya penduduk chini 04 ini "rasa-rasa boleh menang tak pilihan raya kali ini.?.".Jawapan ...."Tak akan menang..."
Sekarang berbeza kalau di ajukan jawapan yang sama..Jawapan..."Hai...entah lah...50-50 atau PR menang..."

Tiada ulasan: