Ahad, September 26, 2010

Bakun akan dijual pada S'wak


Sep 25, 10 10:53am
Kongsi 21
Kerajaan Persekutuan bersetuju menjual Empangan Elektrik Hidro Bakun di Belaga kepada Kerajaan Sarawak, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Chin (gambar) memberitahu Bernama bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah memulakan perundingan untuk menentukan harganya.
"Sarawak menawarkan untuk membeli. Kerajaan Persekutuan kata okay."

"Oleh kerana mereka mahukan elektrik itu kekal di Sarawak, kami tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut."

"Berasaskan perkara itu, mereka mahu membeli dan kami kini berbincang mengenai harganya," katanya.

Katanya projek empangan Bakun, di bawah Kementerian Kewangan Inc, kini bersedia digenangi air.

"Usaha memenuhkan takungan empangan itu, seluas pulau Singapura, dijadual dimulakan bulan depan," katanya.

Projek Bakun itu, iaitu empangan elektrik hidro terbesar di Malaysia, terletak di Sungai Balui di hulu lembangan Sungai Rejang, kira-kira 37km di sebelah hulu Belaga.

Projek elektrik hidro itu mula-mula dicadangkan pada awal 1980'an oleh Kerajaan Persekutuan untuk mempelbagaikan sumber kuasa negara ini dan mulanya diberikan kepada Ekran Bhd, iaitu sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Ting Pek Khing.

Kerja fizikal empangan itu bermula pada 1994.

Sarawak Hidro telah diwujudkan bagi mengambil alih pembangunan dan pengurusan projek itu pada 2000 selepas krisis kewangan Asia 1997-98 melumpuhkan projek itu.

Pada akhir 2002, satu konsortium yang diketuai Sime Darby memenangi tender kompetitif untuk melaksanakan kerja-kerja awam bagi empangan itru pada harga kurang RM1.8 bilion.

Kos keseluruhan Bakun secara rasminya diletakkan pada harga RM7.3 bilion, tetapi berikutan lebihan kos, ganti rugi bagi kelewatan dan kadar faedah, kos muktamadnya dikatakan telah meningkat tinggi.

------------------------------

RESPON : sumber berkaitan di bawah!!!


Empangan Bakun - sumber di sini

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
 
Empangan Bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik yang sedang dalam pembinaan merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia akan dibina. Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30% dari janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina Selatan.

Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Rancangan ini disebut-sebut di mesyurat negara ASEAN, tetapi tiada tindakan susulan lagi.

Tiada ulasan: