Khamis, September 16, 2010

SABAH YANG MUNDUR, TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI MALAYSIA? MENGHINA ATAU MENGAMBIL HATI?


Jeffery: Tuan rumah Hari M'sia negeri paling mundur
Sep 15, 10 7:01pm
Kongsi 0
Sabah yang bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia esok terus merupakan negeri yang serba serbi mundur dari segi pembangunan infrastruktur walaupun telah 47 tahun mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 1963, lapor TV Selangor.
Pimpinan PKR Sabah, Jeffery Kitingan memetik buku Rancangan Malaysia Ke-9 yang melaporkan Sabah sebagai negeri yang paling mundur dan termiskin di Malaysia.

"Kalau kita lihat perbandingan antara negeri -negeri, Sabah nombor 14, dari segi pencapaian pembangunan," katanya kepada TV Selangor di Shah Alam, semalam.

Beliau dipetik berkata transformasi secara umum telah banyak berlaku di luar bandar khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam walaupun tidak dapat dinafikan masih ada sedikit lompang.
Jeffery mengakui wujud pembangunan di Sabah tetapi ternyata ia tidak seimbang antara satu wilayah dengan wilayah lain tetapi secara keseluruhan, banyak kawasan belum menerima kemudahan yang memadai.

Ada pembangunan, tetapi tidak seimbang. Ada yang belum ada jalan raya, belum ada elektrik, air bersih. Tapi kebanyakan, belum ada," katanya.
"Sebanyak 24 peratus penduduk Sabah digelar sebagai rakyat miskin.

Sepatutnya selepas 47 tahun kita merdeka dan menubuhkan Malaysia, perkara ini sudah selesai. Sekurang-kurangnya setara di peringkat kebangsaan iaitu kurang daripada 6 peratus. Ini bererti kita jauh ketinggalan," katanya

Tiada ulasan: