Khamis, September 30, 2010

Felda kalah lagi! Ulasan Sdr Mazlan...

 "Untuk makluman sebelum akhir tahun lebih kurang 4,000 peneroka akan menyaman Felda. Kalau saman ini berjalan (difailkan), ia akan memberikan reputasi yang sangat buruk kepada Felda," pengerusi ANAK Mazlan Aliman dalam satu sidang media di ibu negara.

Beliau mengulas laporan yang memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman ke mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit susulan kemenangan mereka di Felda Kemahang itu.

Berhubung isu tuntutan wang tanaman semula pula, Mazlan berkata beliau menerima panggilan terlefon daripada peneroka yang hendak menyaman Felda berhubung isu tuntutan wang tanaman semula selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menyebelahi peneroka semalam.


"Atas dua kes ini, reputasi Felda sangat buruk. Ini bukan soal hasutan, (tetapi) ini adalah (hasil) kesedaran daripada masyarakat peneroka sendiri," kata Mazlan (kiri) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor menuntut agar Felda menghentikan khidmat anak syarikatnya Techno Plant Sdn Bhd yang menyelenggara kebun peneroka kerana "gagal memberi pulangan yang memuaskan kepada peneroka".


TEKS PENUH

Tiada ulasan: