Sabtu, September 18, 2010

Orang Malaysia buat macam ni yang Orang Indonesia marah???

Suami isteri ditahan pembantu rumah dakwa didera fizikal, seksual

sumber dari sini

2010/09/18



GEORGETOWN: Polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mereka mendakwa telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lepas dan kemudiannya ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Gan Kong Meng hari ini berkata pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur, juga mendakwa telah dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.

Katanya laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan polis percaya yang dia mungkin telah dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun, yang tinggal di sebuah apartmen di Jelutong. 
------------------------------
respon : Kerajaan Malaysia juga tidak suka akan perilaku yang sebegini.. tiada perikemanusiaan! Oleh itu adalah diharapkan semua rakyat Indonesia agar memahami keadaan ini dan berfikiran rasional! :)

Tiada ulasan: