Khamis, September 16, 2010

Lagi Penyelewengan di Kilang Sawit Felda Chini 03? Baca, walau artikel lama...

Khamis, September 17, 2009

 

Kali ini cerita bab Kilang Sawit Chini 03
Kilang sawit yang penuh dengan masaalah .
Baru- baru ini buah tak boleh diproses kerana rosak angkara tak ada air..

Menjadi masaalah pada peneroka kerana kilang yang terlalu hampir dengan perumahan peneroka..Tetapi kerana kilang ini membawa keuntungan pada individu ia terus beroperasi sehinga sekarang dan akan terus beroperasi ….
Saya buat artikal ini kerana saya nampak peneroka menjadi lilin yang menyala pada individu ..

Baru-baru ini pehak kilang telah memberi pekeliling pada pekerja grading mengatakan bahawa BTB luar dari 4 ladang tak perlu di cat putih pada buah yang direject…mengapa ?…sedangkan buah peneroka yang direject diwajibkan dicat putih ..

BTB yang direject oleh kilang dari ladang luar semua boleh dibawa keluar sedangkan BTB dari peneroka yang di reject tidak boleh dibawa keluar..mengapa ada pilih kasih…..

Kilang sawit Chini 03 ini dalam sehari hanya boleh memproses 500 tan sehari ..tetapi mengapa kilang ini sangup menerima buah luar sehingga 1000 tan sehari ?...

Saya sudah 3 kali diberi taklimat masaalah kilang ini dalam perkara-perkara diatas atas nama JCC…dan saya faham ……tetapi saya tidak puas hati dengan penerangan yang diberi…..

Daripada gambar yang saya ambil buah yang direject dari ladang peneroka lebih baik dari buah yang tak direjet dari ladang luar …ini masaalahnya…semacam ada pilih kasih…kalau nak buat mesti utamakan dulu buah peneroka baru buah luar…itu baru betul ..ia tak boleh dibuat sama rata kerana kilang itu asasnya untuk ladang peneroka..sekarang sudah terbalik utamakan buah luar dari buah peneroka.

Saya ada dengar berita bahawa Pengurus Kilang ini apabila buah peneroka beria-ia menyuruh mengrade pada pehak grading ..sebaliknya apabila buah dari luar tidak diberi penekanan..



buat reject dari peneroka


Saya nak tanya 2 soalan pada pehak kilang .
Pernah atau tidak buah luar diterima pada waktu malam ? sedang pehak grading tidor lena dirumah ?
Pernah atau tidak buah reject peneroka yang dilonggok bersebelahan dengan BTB baik disekalikan dan masuk kedalam rim.

BTB dari ladang Felda terpaksa cover BTB dari ladang luar untuk mendapatkan perahan minyak.....

Siapa rugi..?..peneroka rugi…
Siapa bodoh.?...peneroka bodoh….
Siapa untung ?…Kilang untung ….

Mengharapkan JCC ..memang kita mengarapkan JCC ..tetapi JCC banyak tertumpu pada BTB peneroka sahaja….

JCC hanya sebagai syarat sahaja…nak bagi ada…daripada tak ada…

Dalam kursus JCC yang lalu perahan yang diberi untuk peneroka 16-20 dan perahan untuk BTB luar 22-25.


Daripada sumber yang ada apabila BTB peneroka kena reject secara automatit peratus perahan akan menurun…mengapa?...
Hukum akal mengatakan apabila yang rosak dibuang maka yang tinggal hanya yang baik .maka benda yang baik perahan mesti tinggi..tetapi tidak untuk kilang sawit Felda..

Buah baik dari ladang luar

Rumusan perkara ini bahawa
BTB dari felda lebih baik dari BTB luar tetapi pehak kilang membuat fakta sebaliknya .
BTB dari felda menampung kerugian angkara BTB yang tak bermutu dari luar.

Kalau macam ini macam mana Felda nak bersaing dengan syarikat-syarikat luar dalam fakta perahan.

Hakikatnya
Felda hanya berani dengan felda sahaja
Melayu hanya berani dengan melayu sahaja.






Gambar lori luar menurunkan BTB reject untuk dijual
pada pembeli luar berhampiran pintu utama kilang chini 3

Tiada ulasan: