Rabu, Disember 09, 2009
Apabila BTS peneroka dihantar kekilang Pehak JCC dan Kilang akan mengreding buah tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh sebuah lori membawa muatan 5 tan ..apabila sudah digreding didapati terdapat buah muda dan sebaginya diangarkan lebih kurang 100 kg .maka ia akan ditolak menjadikan lori tersebut muatanya ialah 4. tan sahaja ..
Buah 100 kg tersebut adalah hak milik peneroka tetapi pehak kilang menafikanya dan ia tidak dibenarkan dibawa keluar dengan alasan yang berbagai dan kekadang alasan itu ada benarnya ...
Tetapi walau pun benar itu adalah hak peneroka.....dan sepatutnya pihak kilang tidak ada hak menahan.
Pada BTS luar yang bukan peneroka pula mengapa dibenarkan dibawa keluar..?
Ini yang menjadi rungutan peneroka ..dan perkara ini adalah isu lama tetapi ia tetap menjadi barah pada peneroka sekiranya tidak diselesaikan.
Alasan dangkal pehak kilang ialah sekiranya peneroka dibenarkan bawa keluar BTS yang muda atau rosak ini.. ia akan dijual pada pembeli yang bertaburan didepan kilang..
Memang kita pun dalam perkara ini tak setuju adanya pembeli ini ...tapi apa fungsi MPOB.?..
Sekiranya buah ini masuk semula kedalam kilang apa fungsinya JCC dan greding kilang...?
Greding la...semula .....
Jangan peneroka menjadi mangsa keadaan...
Pada hakikatnya yang nyata selama ini buah tersebut lepas dari pehak Greding kilang dan juga JCC yang bermaksud buah tersebut baik dan bermutu....saya ulangi sekali lagi buah tersebut lepas dari greding kilang dan JCC .
Ini bukan bererti pehak greding tidak bekerja dengan baik tetapi memang buah tersebut baik dan masih lagi bermutu.
Sebagai contoh lihat gambar dibawah ini.
Biro Ladang Chini 04 .Ghazali Dollah sedang memegang buah relai yang masih baik
ditempat pelupusan
Gambar bawah buah tandan yang masih dikira baik lagi yang terdapat di tempat pelupusan
Lihat gambar beratus-ratus tan buah yang dibuang
saya kira kalau dipulangkan pada peneroka semula sekurang-kurangnya 1/4 boleh diambil lagi .
Saya dengan biro ladang tertanya-tanya mana buah yang digreding pada semalam..?atau kelmarin..atau minggu lepas ????saya lihat semua buah dah melebihi sebulan atau 3,4 bulan ..yang ada cuma dua longgok kecil ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan