Khamis, September 16, 2010

BOLEH KAH FELDA DAN PENEROKA BERSATU DALAM SATU HALA TUJU?

Selasa, September 14, 2010

 

Apabila Mahkamah memutuskan Felda kemahang menang dalam perbicaraan...kita sebagai peneroka berfikir bahawa mahkamah adalah tempat yang paling baik untuk mengadu dalam hal-hal berkaitan dengan felda.

Dalam hal ini tidak timbul peneroka tidak mengenang budi atau sebaliknya..dalam sesetengah pemimpin felda dirancangan banyak berkata peneroka lebih baik kalau dibandingkan semasa dikampong dahulu.
 
Segi dasarnya semua peneroka banyak berterima kasih pada Felda , terutamanya Tun Abdul Razak.
 
Permasaalahanya ialah dalam masa kita berterima kasih dan bersyukur dengan felda ,felda sendiri memeras hasil peneroka tanpa disedari oleh peneroka sendiri. kalau tidak masakan adanya saman menyaman antara peneroka dengan majikannya..banyak perkara tidak memihak pada peneroka...lihat disini dan disini dan disini dan disini.Ini hanya sebahagian sahaja....

Terbaru,PM akan memastikan bahawa saman peneroka terhadap felda tidak akan memihak pada peneroka ,disini seolah-olah kuasa kehakiman ada pada PM kita .PM adalah wakil rakyat dalam kes ini PM bukan lagi wakil rakyat tetapi wakil felda...apa-apa permasalahan peneroka bawahan tidak di endahkan dan mempercayai 100% peneroka-peneroka yang berkepentingan diri sendiri yang tidak memikirkan peneroka lainya dan generasi seterusnya..

Rumusanya 
 
Jika felda dan peneroka bersatu dalam satu pembangunan bersama peneroka lebih banyak dapat faedahnya dari yang ada sekarang.

Tiada ulasan: