Ahad, September 26, 2010

Zunar dibebaskan.. PDRM keliru sama ada mahu menyiasatnya bawa akta penerbitan atau akta mesin cetak dan penerbitan.


Regina Lee
Sep 25, 10
11:20am
Kongsi 30
Setelah ditahan sehari semalam, polis hari ini membebaskan kartunis Zunar lewat petang ini.

Sebelum itu, polis pagi tadi berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah majistret Sepang untuk terus menahan kartunis Zunar.

Menurut peguamnya Latheefa Koya, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini masih dalam tahanan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sepang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau turut mendedahkan bahawa setakat ini polis masih belum merekodkan kenyataan kartunis popular itu walaupun telah menahannya sejak jam 4 petang semalam di pejabatnya di Brickfields.

"Mereka juga masih flip-flop (berdolak-dalik) sama ada mahu menyiasatnya bawa akta penerbitan atau akta mesin cetak dan penerbitan.

Tiada ulasan: