Rabu, September 15, 2010

DILEMA umNO... lawan PERKASA??

SUMBER DI SINI

Perbalahan terbuka antara PERKASA dan umNO dilihat satu lagi sandiwara terbaru umNO. Umum mengetahui bahawa PERKASA dan umNO ibarat adik beradik kembar. Mereka berjuang di atas mitos melayu yang sama, namun dengan slogan satu Malaysia yang di jaja Najib ia dilihat tidak serasi.

umNO kini di dalam dilema. Antara mempertahan kan undi melayu atau menarik perhatian bangsa lain. umNO sangat sedar tanpa sokongan bangsa lain BN akan kecundang dalam PRU 13. Namun jika undi melayu lari, umNO juga akan tumbang. inilah dilemma umNO. Akhirnya umNO terpaksa melakonkan dua watak dalam satu masa.

Kewujudan PERKASA adalah saluran jangka hayat tambahan untuk umNO. Namun sikap melampau PERKASA yang dipimpin Brahim Ali menimbulkan kemarahan bangsa lain. umNO terpaksa bersikap lepas diri dari PERKASA. Brahim Ali dah terlajak dalam mengampu hingga mencium ketiak, bukan lagi tangan. Ini sifat biasa Brahim Ali. Kini umNo turut terdesak membebaskan diri dari PERKASA gara gara sikap buruk Brahim Ali .

Jika umNo tidak melepaskan diri dari PERKASA, umNO akan terus kehilangan sokongan bangsa lain. Mengharapkan MCA dan Gerakan atau MIC menarik sokongan bangsa lain, sesuatu yang hampir mustahil dalam suasana sekarang. umNO nampaknya terpaksa turun padang menangani pengundi bukan melayu. PERKASA diberikan tugas mempertahankan undi melayu untuk umNO. Namun selagi umNO masih dilihat bersekedudukan dengan PERKASA, bangsa lain akan menolak umNO BN.

inilah dilemma umNO.....

Tiada ulasan: