Selasa, September 14, 2010

Tiga pelajar perempuan hilang sejak 12 hb/9???.. takkan hilang ada kaitan dengan jenayah?

Tiga pelajar perempuan hilang


HARLIZAH Samah (kanan) bersama Che Norliah Che Mat menunjukkan laporan polis dan gambar anak mereka yang hilang di Kampar, semalam.SUHAILI ABD. RAZAK


KAMPAR 13 Sept. - Tiga pelajar perempuan tingkatan dua termasuk dua beradik kembar kini dilaporkan hilang selepas keluar ke pekan ini untuk membeli pakaian pada hari raya kedua, kelmarin.

Nurulain Kamarazmi dan kembarnya, Nurulashiqin dari Taman Sentosa, Taman Bandar Baru di sini serta sahabat mereka, Suhaili Abd. Razak dari kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini tidak pulang ke rumah masing-masing sejak Sabtu lalu.

Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru.

Tiada ulasan: