Selasa, September 21, 2010

Kes liwat II bersambung 14 Oktober ini!


Hafiz Yatim
Sep 21, 10
10:33am
Kongsi 0
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal lagi untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, semalam, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mahkamah tinggi menetapkan 14 dan 15 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan disambung semula.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu pada sebutan kes yang berlangsung hari ini.

Beliau juga menetapkan 25 hingga 29 Oktober, 22 hingga 26 November dan 6 hingga 10 disember tahun ini sebagai tarikh bicara kes liwat itu seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes hari ini.

Perbicaraan akan bersambung dengan pemeriksaan balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razali Ibrahim.Beliau adalah di antara sepasukan doktor yang memeriksa, pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: