Isnin, September 27, 2010

Majlis Sambutan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sabah Sangat Meriah!!

SUMBER
Last Updated on Monday, 27 September 2010 12:03
Written by admin
Sunday, 26 September 2010 11:49 
 
“Tidak diduga!!” Itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa meriahnya Majlis Sambutan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sabah yang julung julung kali diadakan di negeri ini pada petang tadi. Kehadiran rakyat jelata dari segenap lapisan masyarakat Sabah membuktikan rakyat Sabah juga ingin berubah daripada kerajaan yang ada kini kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas lebih dekat di hati rakyat.


Majlis yang diadakan di Hotel Emas Tawau menarik lebih 6 ribu hadirin yang memenuhi segenap ruang yang ada di dalam dewan dari saat majlis dimulakan pada pukul 10 pagi hingga majlis berakhir pada pukul 1 petang. Kehadiran pemimpin pemimpin pakatan rakyat Sabah dari PAS, DAP dan PKR memeriahkan lagi suasana sambutan dengan ucapan ucapan bersemangat yang telah disampaikan.
Ini merupakan bukti jelas bahawa rakyat boleh menerima kepimpinan pakatan rakyat, yang penting maklumat yang betul kena disampaikan supaya rakyat Sabah faham dan tidak terpengaruh dengan dakyah media arus perdana kongkongan kerajaan BN. Kata Muhamad Abdullah , Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.

Pelbagai jenis hidangan kuih muih, dan makanan bersesuaian dengan majlis sambutan turut disediakan disamping hiburan Islam yang dipersembahkan dari murid murid PASTI dan Kumpulan Nasyid tersohor tempatan cukup menghiburkan seluruh rakyat yang hadir pada ketika itu.
-----------------------------
RESPON : t/kasih atas komitmen semua pimpinan PR Sabah dan Tawau Khasnya... petugas2 Pas semua dewan diucapkan tahniah!

Tiada ulasan: