Ahad, September 05, 2010

Anak exco Kedah meninggal setelah koma! Alfatihah!


Anak exco meninggal setelah koma
Muhamad Abdul Qayyum
Sep 4, 10
12:29pm
Kongsi 25


Ketika suasana kegembiraan menyambut menjelangnya hari lebaran, nasib berbeza dialami exco kerajaan negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib apabila kehilangan seorang daripada dua anak lelakinya yang koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu 34, Jalan Jeniang-Bukit Selambau, dekat Sungai Petani, malam semalam.

Anak keduanya itu, Mohd Syazmin, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sik menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, kira-kira jam 10.30 malam setelah koma selama lebih 24 jam selepas kemalangan, petang Khamis.

---------------------------
respon : kasihAN mak ayah yang membesarkan.. apa boleh buat.. segalanya telah tertulis bahawa ajal dah sampai.. insaflah yang masih hidup.. nyawa bila-bila akan diangkat, di mana dan di waktu bila.. HAK ALLAH! 

Tiada ulasan: