Ahad, September 05, 2010

CADANGAN SUARAM KEPADA TAN SRI ISMAIL OMAR BAKAL KPN BARU MALAYSIA!!!


 
TERIMA KASIH ATAS JASA TS MUSA SELAMA INI! YANG BERLAKU HARAP BELIAU JADIKAN PENGAJARAN. HARAP BERTAUBATLAH JIKA ADA KESALAHAN YANG DILAKUKAN SELAMA INI. HANYA BELIAU SAHAJA YANG FAHAM..
----------------------------------------------------


Harakahdaily       
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mahu Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar mereformasikan segera Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ianya kerana PDRM kini dibelengu imej buruk di mata masyarakat terutamanya berhubung isu hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataan media, Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata Ismail perlu menerapkan kesemua cadangan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dilaksanakan dengan segera.

"Bakal KPN Ismail Omar perlu memandang berat ketidakpatuhan kepada undang-undang dan piawaian hak asasi  manusia antarabangsa di kalangan anggota polis seperti  dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya DiRaja pada tahun 2005," katanya.

Suaram berkata statistik rasmi kerajaan menunjukkan bahawa seramai 183 orang telah mati akibat ditembak polis dari tahun 2007 hingga 2009.


"Suaram juga menyeru bakal KPN supaya mendedahkan kepada umum Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) dengan segera selepas menjawat jawatan KPN agar anggota polis akan lebih bertanggungjawab apabila menggunakan senjata api," ujar Heng Lung.

Tambah Suaram, terdapat 153 kes kematian dalam tahanan polis antara tahun 1999 hingga 2008.


"Contoh lain pelanggaran hak asasi manusia yang serius boleh dilihat di dalam tindakan keras anggota polis terhadap peserta perhimpunan aman termasuk perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di mana seramai 589 orang termasuk kanak-kanak telah ditahan," katanya.

Suaram turut mengulangi gesaan supaya penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya DiRaja pada 2005 dilaksanakan dengan serta merta.

Tiada ulasan: