Isnin, Mei 03, 2010

keluarga Allahyarham pelajar 15 tahun menolak Inkues!!!

kepada Suhakam

Afix Redzuan   
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pemuda Pakatan Rakyat menyokong saranan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kes remaja mati ditembak polis di Shah Alam, minggu lalu.

Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan segera suruhanjaya diraja bagi menjalankan siasatan.

Beliau menyatakan demikian sebelum menyerahkan memorandum Pemuda Pakatan Rakyat kepada Suhakam berhubung kes tembakan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, di pejabat suruhanjaya itu petang ini.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Pusat,  Nasrudin Hassan dan Ketua Dapsy, Anthony Luke Siew Fook.

Di dalam memorandum tersebut, Pemuda Pakatan menyokong saranan Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia yang juga mantan Pesuruhjaya Suhakam, Prof  Datuk Hamdan Adnan supaya Suhakam sebagai badan bebas menyiasat kes tersebut sebagai pihak ketiga kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan dan memastikan siasatan dijalankan dengan telus.
-------------------------
respon yusz : dalam Bernama 502 Astro tadi.. (jam 9 malam)- pihak keluarga menolak Inkues dan minta Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes... PERGHHH!!

Tiada ulasan: