Selasa, Mei 11, 2010

Isu Nama Allah dilarang tetapi Isu Pas Tubuh Negara Islam boleh pulak? BN jahat sangat di SIBU!!!

3 Calon P/raya SIBU!


Harakahdaily   
SIBU, 11 Mei: Selepas terasa sukar untuk berlawan hujjah dengan Pakatan Rakyat dan DAP dalam isu penggunaan nama Allah, hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu menyaksikan polis masuk campur dan menghalang isu nama Allah disentuh dalam kempen.

Ketua Polis Sarawak SAC II Huzir Mohamed mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen atau akan berdepan tindakan ISA atau Akta Hasutan.

“Kami telah mengawasi ceramah yang dibuat dan mendapati sesetengah parti menggunakan isu kalimah Allah," kata Huzir dalam sidang media hariannya.

“Ini adalah isu sensitif. Kami nasihatkan semua parti berhentikan menggunakan isu ini secara menyeluruh.

Jika ada mana-mana pihak berkeras menggunakannya, kami akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau ISA. Kepada semua parti, jalan bawa masalah yang tidak perlu," katanya dalam sidang media itu.

-------------------------
respon : Hal tersebut demokrasi.. tiada yang salah.. tetapi guna isu tu sebab ada 'kuasa'... BN kuku besi!

Tiada ulasan: