Sabtu, Mei 15, 2010

MP PADANG SERAI- Gobala didenda RM3k, hadapi risiko hilang MP???

Gobala didenda RM3k, hadapi risiko hilang MP
Mei 14, 10 12:39pm
Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.
Beliau kini menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.
Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, jawatan seseorang sebagai Ahli Parlimen akan terlucut sekiranya mahkamah menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman itu.

Beliau bagaimanapun, dibenarkan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Sementara itu, Gobalakrishnan ketika ditemui pemberita selepas membayar denda, berkata beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.

Beliau turut menegaskan masih lagi wakil rakyat dan tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen Padang Serai yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

"Saya tidak akan letakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen sehingalah semua proses perundangan selesai," katanya. 
---------------------------------------
yusz : tabiklah sama Gobala.. sebelum MP & Adun Perak 'panas' kecoh isu membaca ayat quran.. Gobala dahulu memanaskan politik di M'sia dengan kemahiran membaca ayat Al-Quran- antara ayat yang dibacanya ialah yang membawa maksud " mereka menipu, Allah jua menipu.. dan Allah sebaik-baik penipu"..

Tiada ulasan: