JANGAN SUBURKAN BUDAYA HIBURAN MELAMPAU
(WWW.PEMUDA-TAWAU.BLOGSPOT.COM)
الحمد لله الذي يبدي ويعيد، خلق السماوات والأرض بالحق وهو على كل شيء شهيد. أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، ذو العرش المجيد، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله، وصفيه وخليله، رفع الله به أعلام التوحيد ، وعلى آله وأصحابه أولي الرأي السديد، والتابعين لهم بإحسان من سائر العبيد، وسلم تسليماً كثيراً إلى يوم المزيد، أما بعد: أيها الناس اتقوا الله تعالى ، أوصيكم وإياي بتقوى الله حق تقاته ، ولا تموتن إلا وانتم مسلمون
Sidang Jumaat sekalian yang di hormati Allah sekalian, Marilah kita saling ingat mengingati sesama kita agar terus berusaha untuk memperteguhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada allah s.w.t. Sesungguhnya manusia yang paling mulia disisi allah s.w.t adalah mereka yang paling tinggi takwanya kepada allah AW, sebagaimana firmannya, dalam Surah Al-Hujurat ayat 13-:
{ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ [الحجرات : 13]
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi allah s.w.t ialah orang yang paling bertakwa".
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Sepanjang minggu ini, kita merasa syukur & terhutang budi kepada Allah, yang telah menghadiahkan kepada masyarakat Tawau, dengan ketibaan seorang pendakwah bebas yang masyhur lagi tersohor, auranya bagaikan artis yang digilai peminat,. Beliau yang berasal dari bumi Sulawesi, Indonesia , amat terkenal dengan pendekatan dakwah yang santai & lawak, tapi sinis dan pedas dalam mendidik hati masyarakat. Paling menarik dan membekas dihati, apabila mesejnya disampaikan dalam dialek Bugis yang menarik. Beliau yang dimaksudkan ialah al-Fadhil Ustaz Dasaa’d A. Latif , yang ketika ini sedang menyampaikan khutbah di Masjid al-Kauthar jua. Moga Allah merahmati beliau.
Seminggu pemukimannya di bumi Tawau ini, hati kita disuburkan dengan tazkirah, nasihat , ceramah dan untaian nasihat yang disampaikan penuh ikhlas. Tetapi, yang amat merisaukan hati saya , apabila mendengarkan , di akhir bulan nanti, seorang lagi tetamu dari seberang bakal didatangkan ke Tawau. Menurut maklumat yang diperolehi menerusi laman facebook dan iklan-iklan yang lain, tetamu yang satu ni juga amat tersohor. Dia bukan memukau hati manusia dengan ceramah yang menusuk kalbu, tetapi keburukannya lebih terserlah apabila beliau sendiri ditolak oleh Ulama-ulama dari negara asalnya, Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur lucah. Sape yang tidak mengenali Inul Darastita, imejnya yang seksi, goyangan Inul yang memberahikan dan gerudiannya yang meluruhkan Iman . “ Ratu Ngebor & Gerudi” ini bakal mengadakan Konsert geleknya di Tawau. Tindakan mengundang Inul ini, bagaikan sepanjang seminggu ini, kita merawat, memelihara dan membaja anak sawit kita, tapi di akhir bulan kita mengepom sekalian anak sawit itu dengan racun pemusnah.
معشر المسلمين رحمكم الله
Marilah sama-sama kita renungkan satu persoalan mengenai "Budaya hiburan yang melampau", yang sedang melanda umat Islam hari ini. Suatu ketika pernah rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa orang mukmin sentiasa berada diambang menghadapi lima dugaan, antaranya ialah:
1. Orang mukmin yang dengki kepadanya
2. Golongan munafik yang benci kepadanya
3. Orang-orang kafir yang memerangi
4. Syaitan yang menyesatkan
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.
Musuh-musuh Islam sentiasa memikir dan merancang strategi untuk merosak dan memusnahkan Islam. Kajian mereka mendapati bahawa keimanan dan keyakinan umat islam terhadap agama mereka adalah begitu teguh dan mantap sekali. Kajian mereka juga merumuskan bahawa formula baru untuk
memusnahkan umat Islam bukanlah dengan cara menggunakan senjata, kereta kebal atau peluru, tetapi cukuplah sekadar menjauhkan dan memesongkan mereka dari ajaran agamanya.
Strategi yang digunakan ialah dengan memberikan mereka hiburan sebaik-baiknya. Hiburan yang banyak akan melekakan umat Islam terutama sekalian golongan muda, remaja dan belia. Kehidupan berpoya-poya yang penuh dengan kelazatan dan keseronokan, hiburan sepanjang hari siang dan malam, akan menjauhkan hidup mereka dari gaya hidup beragama.Apabila mereka telah leka,mereka akan melupakan ajaran dan peraturan agama mereka.
معشر المسلمين رحمكم الله
Hakikat tentang kehidupan dunia yang penuh dengan keseronokan dan hiburan ini telah diperingatkan oleh Allah s.w.t beberapa kali dalam al-Quran, dengan firmannya:
" وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ} [الأنعام : 32]
Kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan berseronok, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami hal lain?". - Al-An'aam ayat 32.
Untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas lagi, marilah kita renungkan pula firman Allah berikut :
{اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ (20)}
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak-pinak" [Al-Hadid ayat 20]
Sidang Jumaat yang dihormati Allah sekalian,
Persoalan utama yang cuba diketengahkan disini ialah tentang budaya hiburan yang melampau dan berlebih-lebihan, khasnya dikalangan generasi muda umat Islam di Tawau ini. Fenomena ini semakin sukar dikawal dan meluru deras merempuh segenap lapisan masyarakat. Keadaan ini jika tidak segera dibendung dibimbangi akan menyemarakkan lagi wabak penyakit sosial yang telah sedia parah, bahkan banyak permasalahan yang melibatkan muda mudi Islam kita seperti lari dari rumah, pergaulan bebas, sumbang mahram, perzinaan, buang anak, penagihan pil khayal dan dadah, selain itu jenayah juvana juga bukanlah lagi menjadi rahsia kepada masyarakat umum, bahkan kadangkala orang-orang yang mempunyai asas didikan agama pun boleh tumbang dirempuh badai seperti ini. Hari ini kita berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa. Kita diperkenalkan dengan berbagai jenis hiburan yang sangat mempesona dan mengasyikkan. Masyarakat kita begitu seronok dan teruja yakni terangsang dengan gaya hiburan realiti masa kini. Media massa dan masyarakat Islam kita menerimanya dengan ghairah sekali. Mereka sanggup menghadiri konsert berjam-jam lamanya tanpa rasa jemu dan bosan. Tapi bila disuruh hadir Solat Jumaat di Masjid, pelbagai alasan yang diberi.
Dalam Rancangan Realiti Hiburan yang meletup dikaca TV, mereka rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka yang telah diciptakan. Malangnya diantara mereka yang agak keberatan dengan memandang sepi apabila disuakan atau diajukan tabung-tabung derma untuk membantu mangsa-mangsa peperangan dan kebuluran, pesakit-pesakit golongan miskin, membantu pesakit kanser dan pengidap AIDS, pembinaan sekolah-sekolah, masjid-masjid dan sebagainya.
معشر المسلمين رحمكم الله
Apa yang membimbangkan kita ialah seperti yang disuarakan oleh Profesor Diraja Engku Aziz apabila generasi muda kita tidak lagi berminat untuk menimba ilmu pengetahuan, minda mereka semakin lesu dan tidak bermaya untuk berfikir, apatahlagi untuk memikirkan persoalan-persoalan besar dan berat, sedangkan bangsa-bangsa dan penganut agama lain berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan, untuk memperbaiki kehidupan mereka bagi memburu kecemerlangan dalam dunia hari ini, sebaliknya anak-anak muda kita terus hanyut dibawa arus deras terkapai-kapai tanpa haluan.
Sidang jumaat dihormati Allah sekalian,
Persoalan yang berangkai berikutan penganjuran Konsert Inul ini ialah :
1- Apakah manfaat pada pesta hiburan tersebut kepada kehidupan rakyat di Tawau ini, dan siapa pula yang membiayai perbelanjaan program itu?2- Adakah program berkenaan dapat membantu masyarakat yang kini dihimpit dengan segala peningkatan sara hidup? Dan pastinya, penganjuran program hiburan yang jauh melalaikan umat manusia ini, tentunya bertentangan dengan nilai budaya masyarakat di negeri ini jauh dari pegangan Islam itu sendiri.
3- Apa objektif & tujuan penganjuran konsert berkenaan ? Kita tak mau apabila orang melihat hiburan bagikan pergi ke zoo, dengan melompat-lompat dan menjerit-jerit tanpa batasan dan tak tahu malu dan identiti.
4- Persoalannya juga,"Anak siapakah yang pergi ke hiburan itu? Kebanyakannya anak orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Tapi apabila ada pesta buku, pesta ilmu atau pertandingan yang membangun minda dan jiwa, anak-anak orang Melayu yang mengaku Islam, hilang entah kemana.
Kita tidak mahu, kita bercakap tentang memajukan Islam, memajukan umat Islam, mahukan minda kelas pertama tapi dalam masa yg sama kita menyogokkan kepada remaja dengan hiburan yang memperbodohkan mereka, dengan hiburan yang tidak membangunkan minda mereka.
Dikesempatan yang amat baik ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita agar menjadi insan Rabbani yang diimpikan. Langkah awal yang patut dimulakan ialah:
1. Berpadalah dalam berhibur dan sekadar perlu sahaja, kerana Rasulullah s.a.w sering berpesan kepada kita agar bersederhana dalam melakukan perkara-perkara yang harus seperti hiburan dan sebagainya.
2. Didiklah anak-anak dengan peraturan syariat dan dasar-dasar Islam yang betul. Bimbinglah dan dampingilah mereka dengan kasih sayang serta berhemat. Bertolak-ansur dalam perkara yang diharuskan dan bertegaslah dalam perkara yang diharamkan. Semoga segala usaha dan amal yang kita lakukan sentiasa diberkati,disamping itu berdoalah semoga kita dimasukkan kedalam golongan mukmin yang sentiasa diredhai oleh allah s.w.t dengan beroleh kebahgiaan hidup didunia dan diakhirat.
3- Khatib turut menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak anda agar tidak terbabit dalam Konsert Inul yang bakal berlangsung di Tawau nanti, sekiranya ianya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan. Kerana inilah tuntutan amar makruf dan nahi munkar yang wajib dilaksanakan oleh ketua keluarga. Andai kita tidak melaksanakan tugas mencegah kemungkaran dan konsert ini, bermakna kita telah menzalimi diri sendiri dan ahli keluarga kita.
Allah Taala mengingatkan
“{وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ [هود : 113]
'Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka'.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan