Polis tahan dua pelajar disyaki tanam bayi
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my
2010/05/18
PENDUDUK, Siti M Sarip, menunjukkan tempat bayi ditanam di tebing Sungai Malim, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, semalam.
MELAKA: Polis menahan dua pelajar berusia belasan tahun, selepas disyaki terbabit menanam hidup-hidup seorang bayi yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan minggu lalu.
“Polis menemui mayat bayi ditanam itu berhampiran sebatang sungai, dipercayai dilahirkan pelajar perempuan itu pada kira-kira jam 4 pagi.
“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
-------------------------
respon : TERINGAT SDN UMAR AL-KHATTAB, KHALIFAH ISLAM KEDUA.. JUGA MEMBUNUH ANAK.. NAMUN, ITU KISAHNYA DI ZAMAN JAHILIYYAH.. ZAMAN YANG AQIDAHNYA LINTANG PUKANG.. KINI, DI ERA IT.. SEPATUTNYA HAL BEGINI TIDAK TERJADI.. DI MANA SILAP? ILMU TIDAK BERKAT? NIKAH KAHWIN SUSAH? KAWALAN MAK AYAH LONGGAR? DIRI TIDAK KUAT ILMU AGAMA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan