Orang rumah saya cakap lah.. kebelakangan ini berita tanah air asyik menceritakan kematian anak-anak kecil samada dibunuh secara sengaja atau terbunuh secara tidak sengaja...
Teringat Hadis Nabi saw tentang kematian 'mengejut' pada akhir zaman.. tak tahu sebab apa.. punca macam mana...
Anak usahawan India dibunuh secara sengaja dengan memasukkan racun tikus dan panadol (paracetamol) ke mulut anak secara paksa di KL antara yang menyayat hati.. dikatakan anak tersebut cacat.. namun mak ayah juga terjun bangunan membunuh diri.. tak terbayang situasi saat mereka ingin membunuh anak mereka.. tidakkah mereka terbayang-bayang wajah anak kecil yang tidak berdosa yang sepatutnya membesar.. apalah salahnya jika kau mau bunuh diri, anak tu janganlah dibunuh begitu bah... (dialek Sabah).. he he..
Kematian anak secara dibuang setelah dilahirkan juga tak habis-habis selagi hukuman ciptaan penjajah masih diguna pakai.. dibuang di mana, tuan/puan dah boleh agak.. nasib buruk masa tengah buang dilihat orang. Ditahan polis terus didakwa atas Kanun Keseksaan 302.. Ruginya hidup..
Anak yang dibunuh setelah dilahirkan.. setelah 2 tahun.. 6 tahun pun ada.. ibu muda menjerut leher 2 anaknya.. 2 dan 6 tahun.. dengan wayar seterika elektrik.. ntah macam mana rasa dan teriakan serta tangisan anak tersebut sebelum menghembuskan nafas.. sebak rasanya.. :(
Anak yang dipaksa minum bahan pencuci kekotoran baju (Klorox) sampai mati, kemudian penjaga mati membunuh diri.. ishhh!!! Tak tergambar!
Budak-budak yang mati dirogol.. budak yang mati ditikam bapa saudara yang ketagihan dadah... wahhh!
Cukuplah dulu, luahan hati atas kematian adik-adik dan anak-anak tersayang itu... harap isu ini akan berhenti tidak lama lagi...
Kita yang sudah berumah tangga, menjaga ikatan suami isteri dengan baik secara faham bahawa Islam menjadi dasar rumah tangga memang rasa sedih atas apa yang berlaku... mereka yang membuang anak/membunuh anak itu tidak akan rasa sedih.. kalau keluar air mata pun, air mata tipu!
Hukum Islam datang untuk mendidik.. jika yang salah diberi hukuman, maka ia mendidik jiwa seterusnya jangan bertindak demikian.. ia mendatangkan berkat dalam kehidupan.. bila berkat, tiada tekanan.. masing-masing pandai bercakap dosa dan pahala..
Mendidik anak-anak dengan kasih sayang... marah/pukul/tampar acapkali wujud.. namun, mesti berdasarkan 'lillah'... ingat kata Datin (isteri Pengarah Besar Felda) kalau tak silap, semasa datang ke sekolah dulu.. KALAU NAK ROTAN, MASA BUDAK KECIL.. SEBAB DIA TAK PANDAI LARI DARI RUMAH.. ya tak ya jugak.. KALAU BESAR SUSAH...
Jumpa lagi.. Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan