Selasa, Mei 25, 2010

Stesen KTMB di Tanjong Pagar pindah ke Woodlands Julai 2011! Tindakan bijak?

Stesen KTMB di Tanjong Pagar pindah ke Woodlands Julai 2011 (UTUSAN.COM.MY)


STESEN KTMB Tanjong Pagar di Singapura yang akan dipindahkan ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands pada 1 Julai 2011 - AFP

SINGAPURA 24 Mei - Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Tanjong Pagar di sini akan berpindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011, seperti yang termaktub dalam perjanjian Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perpindahan tersebut turut melibatkan pemindahan kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Malaysia juga dari Tanjong Pagar ke Woodlands, yang juga satu lagi perjanjian dalam POA, yang ditandatangani pada 27 November 1990.

Tiada ulasan: