Isnin, Mei 10, 2010

Isu Istana Kelantan : Sultan Kelantan Dibawa Pulang ke Istana Kelantan semula..

Sultan Kelantan Dibawa Pulang Ke Istana Mahkota

KOTA BARU: Selepas lima hari Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petradimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini, baginda semalam dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Baginda dibawa menaiki kenderaan rasmi Istana Kelantan meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5 petang.
Turut mengiringi baginda, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum itu, Tuanku Ismail dibawa turun dari Wad Diraja di tingkat lapan HUSM dengan menaiki kerusi roda. Baginda yang kelihatan tenang dibantu oleh pegawai perubatan menaiki kenderaan rasmi istana.

Turut berada di perkarangan HUSM bagi menguruskan keberangkatan pulangbaginda ialah Pakar Perubatan Sultan Kelantan, Dr Amir Ramli.

Difahamkan tindakan membawa keluar Sultan Kelantan dari HUSM mendapat perkenan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

Dalam pada itu Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim yang berada di HUSM berkata, Tuanku Ismail selamat tiba di Istana Mahkota sepuluh minit kemudian iaitu kira-kira pukul 5.10petang semalam.

Kenderaan baginda diiringi anggota polis dan ambulan hospital.
Sultan Kelantan dikeluarkan dari HUSM dua hari selepas peguam baginda memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari hospital itu di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi tiga hari lalu menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon. Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.
--------------------
yusz : kita doa agar isu ini selesai.. kata Tok Guru Nik Aziz, ia isu adik beradik .. mudah-mudahan ianya selesai.. ameenn.. :)

Tiada ulasan: