Selasa, Mei 18, 2010

MENGAPA SEPI TANPA BERITA DI SIBU? BN masih sombong?

BN kena pukulan KO di Sibu... rakyat Sibu juga terdiri dari kalangan orang yang terpelajar dan tidak terpelajar... mereka juga dikurniakan aqal oleh Allah berfikir mana yang baik, mana yang buruk.. mereka mengkaji dan menetapan tangan akan memangkah DAP dalam PRK baru-baru ini... 

Ya, 398 undi majoriti melenyapkan 'keeogaan' BN yang memerintah Sibu bertahun-tahun lamanya.. mengapa rekod bersih BN dicalar? Bila ada yang tidak undi kita, mesti ADA SEBAB? Sebab-sebab itulah mesti dicari dan dikaji oleh BN yang 'kurang waras'...


Dalam Islam, jika rakan memberi teguran, kena terima.. jika rakyat Sibu memberi teguran dengan membuat pemilihan ke pihak lawan, maka BN perlu ambil maklum untuk membuat 'post mortem' dan menjadikan kekalahan di beberapa negeri pada PRU 12 / 2008 dulu juga sebagai titik noktah membuat perubahan besar dalam kancah politik tanah air...

Jika teguran diberi, tidak mahu juga membuat perubahan.. itu 'sombong' namanya...

Tiada ulasan: