Ahad, Mei 16, 2010

Polis rampas Risalah Bantah Konsert Inul di Tawau? Polis di bawah KDN... bawah Naib Presiden UMNO!!! UMNO ler yang sokong Inul ni? kan kan..

POLIS RAMPAS RISALAH BANTAH KONSERT INUL

(WWW.PEMUDA-TAWAU.BLOGSPOT.COM)

Tawau : Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah merampas Risalah Bantahan Konsert Inul yang diedar oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau di Masjid Al-Khauthar selepas solat Jumaat kelmarin atas alasan tidak boleh menggunakan masjid sebagai tempat untuk berpolitik dan riasalah yang diedar tidak mempunyai permit..Namun agak menghairankan apabila pegawai tersebut tidak pula merampas sebuah lagi risalah terbitan Sebuah Pertubuhan yang diedar pada masa yang sama dan hanya mengambil tindakan terhadap risalah yang disebarkan oleh Pemuda PAS sahaja.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau,sdr Darmansyah yang turut berada ketika insiden itu berlaku melahirkan rasa kekesalannya atas tindakan pegawai tersebut.

"Kita telah cuba berunding dengan pegawai Inspektor itu tadi,namun beliau tetap berkeras dan tidak membenarkan risalah bantahan itu diedarkan kerana tidak mempunyai permit dan tidak boleh menggunakan masjid sebagai tempat untuk berpolitik" jelas Darmansyah lagi.

Namun insiden itu tidak akan mematahkan semangat Pemuda PAS untuk terus membantah konsert Inul ini.Perjuangan akan diteruskan..bantahan tetap diadakan dengan pelbagai cara yang difikirkan perlu..Ayuh masyarakat Tawau,kita bergandingan bahu bagi memastikan konsert maksiat yang merosakkan aqidah dan moral anak-anak kita ini dibatalkan!!
------------------------
yusz : bila ada rakan cakap masa polis mau tangkap 2 pemuda di lokasi pengedaran risalah.. polis kata dia pun tak suka Konsert Inul ni.. tetapi risalah dirampas! Macam mana ni? sepatutnya pihak polis berikan hak kita membantah.. mana ada orang di masjid yang suka konsert.. tu pun nak halang kerja-kerja Islam.. halang kerja Islam macam halang Allah.. siapa berani halang Allah? Iblis pun tabik dengan Allah.. ini polis + UMNO berani lawan Allah???

Tiada ulasan: