Selasa, Mei 25, 2010

Budak mati, dengan cara berbeza.. terbunuh jatuh bangunan.. 2 kes dalam tempoh terdekat!!!

KUALA LUMPUR: Tidak sampai 48 jam, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terbunuh selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumah ibu saudaranya di tingkat 12 sebuah pangsapuri di pinggir ibu negara semalam. 

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Chai Chee Xin ditemui tidak sedarkan diri di kaki lima Kondominium Casa Magna, Selayang oleh pengawal keselamatan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.  

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan mendapati mangsa ditinggalkan berseorangan di rumah berkenaan apabila neneknya keluar membeli barang di kedai berhampiran. 

Sabtu lalu, seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan mati selepas terjatuh dari Tingkat 3, Kuarters Guru Subang Jaya di Seafield USJ6/1, Petaling Jaya selepas dipercayai merangkak keluar dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap biliknya yang tidak berjeriji. Zainuddin berkata, siasatan turut mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Difahamkan, mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibu saudaranya di pangsapuri berkenaan selepas ibu bapanya bercerai. 
 --------------------------------
mahkamah respon : pelik-pelik kematian rakyat Malaysia kebelakangan ini.. 

Tiada ulasan: