Isnin, Mei 17, 2010

ANALISA RINGKAS KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI SIBU, SARAWAK!

oleh Mahkamah :-


SIBU memang membuka mata.. dari under dog kini dihormati.. saya ingat, lepas ni makin ramai yang ke sana melihat pengundi-pengundi bijaksana tersebut.. mengapa? Mereka membuat perubahan drastik dalam masa BN berkuasa! Dalam masa isu yang hampir membunuh masa depan PAKATAN RAKYAT!


ALLAH tunaikan doa mereka yang zalim... DS Anwar yang dizalimi walaupun mahkamah belum memutuskan samada beliau bersalah atau tidak.. isu lesen judi yang didiamkan PM.. isu Konsert Pitbull dan Inul di Sabah yang terus diberikan permit meskipun mendapat bantahan pelbagai pihak.. menyedihkan lagi.. rakan-rakan Pakatan Rakyat yang berusaha menyedarkan rakyat kezaliman dan kesombongan BN ditangkap dan dihina...


Apakah kalian penyokong UMNO suka akan judi, konsert Pitbull dan Inul yang jelas menghina maruah Islam bahkan budaya semua adat resam masyarakat di Malaysia???


Janji dengan pemberian wang ringgit di Hulu Selangor belum habis dilunaskan oleh PM.. kini di Sibu juga dihujani janji RM yang melimpah.. Bijaknya orang Sibu, DUIT AMBIK, UNDI TAK BERI!!! 


KEMENANGAN PR DI SIBU SEBENARNYA SATU ANCAMAN BUAT UMNO DAN BN.. DS CHUA SOI LEK MAKIN BIMBANG DENGAN KEKALAHAN INI.. beliau sendiri bertekad tidak akan berada dalam senarai Kabinet.. NTAHLAH... makin porak poranda Kerajaaan PM kita... 


Kini Kuching dan Sibu mengorak langkah penuh berani.. sebagai sample dan bahan ujikaji rakyat menilai.. PRU 13 akan datang, jika prestasi OK, Sarawak dalam genggaman PR! Ia akan menghembus udara nyaman segar ke Bumi Di bawah Bayu.. DS Musa Aman juga tidak tidur lena malam ini.. 


Bayangkan jika wujud dalam masa terdekat PRK di Dun @ Parlimen Sabah, agaknya menarik bukan untuk bertaruh ??? mengapa susah berubah? KUASA DI TANGAN KITA.. JIKA SELAMA INI BN MEMERINTAH MALAYSIA KERANA TANGAN KITA, APA SALAHNYA BERI PR PELUANG PULA...


JUMPA DI PRU 13.. KEMENANGAN SIBU, PENCETUS PERUBAHAN 
MALAYSIA TIMUR!
-----------------------------------

(UTUSAN.COM.MY)
SIBU 16 Mei - Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 398 undi.
--------------------------------
DAP menang tipis
Harakahdaily   
SIBU, 16 Mei: Calon DAP, Wong Ho Leng menang tipis ke atas calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada Pilihan Raya Kecil Sibu.   Beliau yang juga Adun Bukit Assek mendapat 18,845 undi, calon BN memperolehi 18,447 undi. Manakala calon Bebas, Narawi Haron sekadar mengutip 232 undi dan hilang deposit.

Tiada ulasan: