Rabu, Mei 26, 2010

Waran Tangkap Thaksin! Itulah pengajaran.. PM yang lama tak puas hati kepada yang baru.. mungkin DS Najib akan buat begitu?

Thaksin didakwa dalangi keganasan


2010/05/26

POSTER Thaksin yang ditinggalkan penunjuk perasaan Baju Merah di 
Bangkok, semalam.
POSTER Thaksin yang ditinggalkan penunjuk perasaan Baju Merah di Bangkok, semalam.
Mahkamah Thailand keluar waran tangkap

BANGKOK: Sebuah mahkamah di Thailand, semalam mengarahkan waran tangkap dikeluarkan ke atas bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra atas dakwaan keganasan dengan mendalangi tunjuk perasaan dua bulan di Bangkok yang mengakibatkan 88 orang terbunuh.

Thaksin yang digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera 2006 dan kemudian melarikan diri ke luar negara didakwa Kerajaan Thailand sebagai punca utama di sebalik bantahan kumpulan Baju Merah di Bangkok, sebelum digempur pasukan tentera minggu lalu.

------------------------------
respon : Agaknya kalau DS Najib dah jadi rakyat biasa.. mungkin dia akan melancarkan perang ke atas kerajaan baru? nak tunjuk ke rakyat dan penyokong bahawa dia tidak bersalah.. emm.. Thaksin dikira hebat.. Negara jiran Thailand sanggup jadikan Thaksin penasihat ekonomi.. tapi di bumi sendiri, dia menjadi 'kepala pengganas'?

Tiada ulasan: