Sabtu, Mei 08, 2010

Mantan Timb Ketua Menteri Sarawak pun dah jadi ahli PKR, orang Iban lain sokong PR di p/raya Sibu!

Mesej Tajem kepada orang Iban: Tukar Kerajaan Negeri!
Posted on Friday, May 07 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita Sumber FreeMalaysiaToday
SERIAN: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Daniel Tajem memberi amaran kepada masyarakat Iban mereka akan kehilangan hak tanah adat jika mereka terus memilih calon gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri akan datang. 

Ramai orang Iban di tempat lain di Sarawak telah kehilangan tanah mereka akan berterusan hilang jika BN terus memerintah Sarawak, kata Tajem yang kini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Beliau berkata, “di Balai Ringin kita telah hilang tanah kita, apabila empat syarikat yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Tan Sri  Abdul Taib Mahmud akan membina kilang minyak sawit. 

“Sebanyak 741,000 hektar tanah adat telah digunakan", katanya sambil menambah pemilik tanah membantah tetapi tidak diendahkan," katanya. 

Beliau dan pemilik tanah telah menulis surat kepada Umno supaya campur tangan dan menghentikan kerajaan negeri dari mengambil tanah rakyat. 
---------------------
yusz komen : Itulah.. biar tanah tergadai asal sokong BN?

Tiada ulasan: