Jumaat, Mei 07, 2010

Mahkamah Tinggi : PPSMI tidak menyalahi PERLEMBAGAAN???

* Demontrasi PPSMI 2009 yang berjaya menurunkan suhu nafsu amarah PPSMI! Juga dihadiri oleh pencinta dan sasterawan negara ...


'PPSMI tidak bercanggah dengan perlembagaan'
Mei 7, 10 12:38pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula oleh empat pelajar termasuk anak bekas menteri besar Perak untuk mengisytiharkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah sejak 2003 sebagai batal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Mohd Zawawi Salleh hari ini.
Mohd Zawawi menolak dengan kos permohonan itu selepas mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak di dalam kamar.

Dalam prosiding ini, peguam Mohamed Hanipa Maidin mewakili empat pelajar terbabit dan peguam kanan persekutuan Suzana Atan, mewakili pihak kerajaan.

Suzana yang ditemui pemberita berkata hakim memutuskan, dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan: