Rabu, Mei 05, 2010

Gemilang Pendidikan Bersama Parti Islam! KUIZM akan dibuka Julai 2010!

Dana Pembangunan KUIZM

Banner
 

KUIZM bakal beroperasi Julai ini

E-mail Cetak PDF
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) milik PAS akan mengambil pelajar sulung pada sesi Julai nanti apabila bangunan yang didirikan di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar siap sepenuhnya,  kata Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed.

Bercakap dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi, beliau memberitahu institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan oleh Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) itu telah mendapat pengiktirafan daripada universiti-universiti di Indonesia.

"Tempoh masa pengajian selama tiga tahun untuk mendapatkan diploma dan kemudian boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti di Indonesia. Kita telah pun mendapat pengiktirafan daripada universiti di Indonesia,” katanya.

KUIZM di bawah tanggungjawab Lembaga Khas Penubuhan Institut Pengajian Tinggi (LKPIPT) buat permulaannya akan menawarkan dua program iaitu Diploma Muamalat dan Kewangan Islam serta Diploma Dakwah dan Komunikasi.

KUIZM menawarkan kemasukan kepada pelajar-pelajar berkelulusan Sijil Menangah Ugama/Agama (SMU/SMA) dan / atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.

Manakala yang tidak mempunyai kelulusan tersebut boleh dipertimbangkan melalui ujian kelayakan yang akan diadakan.

Yuran pengajian pula ialah sebanyak RM1, 500 setiap satu semester.
 

Tiada ulasan: