Sejarah hubungan alam Melayu dengan Daulah Khilafah, khususnya pada zaman Othmaniah yang selama ini tidak diterangkan di dalam buku-buku teks sejarah di Malaysia. Banyak fakta sebenar sejarah telah dibongkarkan oleh AJK Pusat HTM itu yang selama ini tersembunyi dari pengetahuan umum.
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Tanah Melayu satu waktu dahulu mempunyai kaitan rapat dengan Daulah Khilafah, malah raja-raja dan ulama di Tanah Melayu mengiktiraf Khalifah sebagai pemimpin kaum Muslimin seluruh dunia.
Antara fakta sejarah yang diungkap oleh Ridhuan (AJK Pusat Hizb Tahrir Malaysia) adalah berkenaan lawatan Sultan Abu Bakar Johor ke atas Khalifah Abdul Hamid II pada tahun 1860-an. Sultan Abdul Hamid kemudian mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanum dan juga Ruqayyah Hanum.
Antara fakta sejarah yang diungkap oleh Ridhuan (AJK Pusat Hizb Tahrir Malaysia) adalah berkenaan lawatan Sultan Abu Bakar Johor ke atas Khalifah Abdul Hamid II pada tahun 1860-an. Sultan Abdul Hamid kemudian mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanum dan juga Ruqayyah Hanum.
Khadijah kemudian menikah dengan Sultan Abu Bakar manakala Ruqayyah Hanum bernikah dengan Engku Majid, adik Sultan Abu Bakar. Pernikahan Ruqayyah dengan Engku Majid dikurniakan 3 orang cahaya mata, salah seorang darinya adalah Ungku Abdul Hamid, ayah kepada Ungku Abdul Aziz, mantan Naib Cansellor Universiti Malaya.
Selepas kematian Ungku Abdul Hamid, Ruqayyah Hanum bernikah pula dengan Dato’ Jaafar dan mendapat 7 orang anak di mana salah seorangnya adalah Dato’ Onn. Anaknya Hussien Onn adalah Perdana Menteri Malaysia ketiga dan kini cucunya Hishamuddin Hussien adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.
Banyak lagi sejarah lainnya diungkap oleh Ridhuan yang menunjukkan betapa dekatnya hubungan Khilafah dan alam Melayu. Namun malangnya, kebanyakan orang Melayu sudah tidak lagi berjuang untuk menegakkan Khilafah setelah kejatuhannya pada tahun 1924 di Turki.
------------------------
KDN belum mengeluarkan apa-apa info berkaitan hizbut tahrir sesat atau berbahaya setakat ini.. mereka agak bebas menyebarkan risalah selepas solat Jumaat... tidak dirampas risalah mereka kerana tiada penyataan dari presiden bahawa mereka memerlukan 1 Khalifah TUGAS UTAMA DI MALAYSIA.
MACAM KUMPULAN AL ARQAM.. AWALNYA DIBERI KEBEBASAN PIHAK KERAJAAN.. NAMUN BILA ABUYA MENGISYTIHARKAN BELIAU IMAM MAHDI YANG AKAN MENYELAMATKAN UMMAT, MAKA ARQAM DISERANG TERUS... TAK MUSTAHIL HAL INI AKAN BERLAKU KEPADA HIZBUT TAHRIR...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan