Isnin, Mei 17, 2010

DAP makin gah di Sarawak! Bayangan kejatuhan Ketua Menteri?


Harakahdaily   
SIBU, 16 Mei: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, hari ini.
Mengulas keputusan itu, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri ini.

Jeniri memberikan contoh ketiadaan poster atau gambar Taib yang dinaikkan di Bandar Sibu.

Tsunami politik Cina bermula di Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006 apabila enam calon DAP menang di Kucing.

“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani.

Tiada ulasan: