Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat kerajaan tidak sepatutnya menyokong ‘pembekal kematian’ berhubung penangguhan mengharamkan pek kecil rokok. Sehubungan itu, CAP sangat terkejut dan kesal dengan pengumuman bahawa kerajaan akan menangguhkan pengharaman pek kecil rokok itu. Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, melalui laporan media Edge Financial Daily hari ini, kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan pengharaman tersebut sementara tidak ada tarikh baru diberikan. Keputusan bagi mengharamkan pek 14 batang rokok itu diambil sebagai salah satu langkah untuk menurunkan kadar bilangan perokok terutama dalam kalangan remaja. Katanya, kadar epidemik merokok di Malaysia tidak patut dipandang ringan kerana lebih daripada 50 lelaki lelaki dewasa di Malaysia adalah perokok sementara kira-kira 50 kanak-kanak negara ini di bawah umur 18 tahun mula merokok setiap hari. Sementara itu, ujarnya terdapat kira-kira 10,000 penduduk Malaysia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan merokok, menjadikannya salah satu pembunuh utama di negara ini. ---------------------------- yusz : mengapa tidak diharamkan terus segala jenis rokok? senang lagi kawal.. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Khamis, Mei 27, 2010
CAP tidak setuju tindakan kerajaan dalm penangguhan pengharaman pek kecil rokok?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan