Bayi mati disyaki didera
KUALA LUMPUR 28 Mei - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia dipercayai akibat didera, sehari selepas dibawa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.
Mohd. Hamzah Hafiz Abdullah disedari tidak bernafas oleh pengasuhnya kira-kira pukul 10.45 pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pengasuh yang panik dengan keadaan bayi itu segera memaklumkan perkara tersebut kepada majikannya yang ketika itu sedang berniaga di tingkat bawah.
"Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, ibu mangsa yang berusia 29 tahun membawa anaknya ke HKL untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, semalam, bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.45 petang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan